Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

“Dah Boleh Buat Goreng Tepung,” Aksi Si Cilik Di Dapur Ini Buat Ramai Geram!

Muka tak salah tu..

Published

on

Setiap kali melihat telatah dan gelagat si dia, pasti ramai di antara ibu bapa atau penjaga mahu merakam untuk dijadikan kenangan.

Siapa yang tidak suka melihat aksi si cilik lebih-lebih lagi apabila mereka melakukan aksi mencuit hati kan?

Terbaharu, aksi si cilik bernama Aedan Mouqri secara tidak sengaja menumpahkan tepung di atas lantai telah berjaya menarik perhatian ramai.

Foto tersebut di muat naik dalam group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini menerusi laman Facebook oleh neneknya.

Lihat memek mukanya:-

Comel kan? Berusia satu tahun empat bulan, adik Aedan juga sebenarnya merupakan cucu sulung kepada tukang masak terkemuka di Malaysia iaitu Chef Sabri.

Patutlah gemar membantu ibunya di dapur kan?

Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan aksi adik Aedan, selain ada yang meninggalkan reaksi positif.

“Dah boleh buat goreng tepung,” tulis salah seorang pengikut neneknya

Semoga adik Aedan membesar dengan sihat dan dapat berbakti kepada kedua orang tua..

 

Sumber foto daripada: Facebook EnaZamriRashid

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest