Connect with us
Geng Pagi Hot

Viral

Dakwa Polis Lakukan Gangguan Seksual Ketika Bekerja, Gadis Ini Teruk Dihentam Netizen

Berang ditahan dan cuba melakukan gangguan seksual, gadis ini buka cerita..

Published

on

Umum mengetahui Malaysia ketika ini masih lagi dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menetapkan seluruh rakyat untuk duduk dirumah dalam mengekang wabak COVID-19.

Semua juga tahu bahawa sekatan jalan raya (SJR) kini diadakan di lokasi-lokasi terpilih untuk mengelak orang ramai daripada merentas daerah mahupun negeri.

Namun, perkara itu tidak bermakna individu yang mempunyai kecemasan tidak boleh berbuat demikian, sebaliknya perlulah ke pejabat polis untuk memohon supaya dapat diberi kebenaran.

Terbaharu, tular berkenaan seorang gadis mendakwa dirinya menjadi salah seorang mangsa gangguan seksual oleh anggota yang bertugas ketika dirinya cuba untuk melepasi sekatan jalan raya.


Menurutnya juga, dia tidak mengenakan pakaian dalam pada waktu tersebut dan perkara itu dilihat oleh pihak polis berkenaan.

Tambahan lagi, gadis itu tidak membawa lesen kenderaan menyebabkan dia ditahan anggota yang bertugas.

Gadis itu juga turut menyatakan bahawa beliau sudahpun melaporkan perkara tersebut kepada pihak atasan supaya tindakan dapat diambil.

Ciapan tersebut sehingga kini tular dan mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya menyalahkan gadis berkenaan kerana tidak membawa lesen kenderaan.

Apa-apa pun, pastikan anda duduk di rumah sekiranya tiada keperluan di luar, jaga kebersihan dan keselamatan diri masing-masing.

Sama-sama kita bantu barisan hadapan dalam memutuskan rantaian COVID-19.

 

Sumber: Twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest