Connect with us
Hot FM

Viral

Dari Sungai Petani Ke Kuala Lumpur Cari Anak, Ramai Sedih Kenang Kisah Pakcik Ini

Dimana lah kamu wahai anak..

Published

on

Anak adalah anugerah dan nikmat daripadaNya atau dalam erti kata lain satu tanggungjawab yang besar perlu dijaga oleh ibu bapa.

Namun, ibu bapa juga adalah orang kedua yang perlu dihormati anak-anak selepas yang Maha Esa.

Sejak dari kecil, kita semua telah dididik untuk mempunyai perasaan kasih sayang terhadap kedua orang tua.

Sayangi mereka, mewahkan mereka apabila sudah dewasa adalah sebagai tanda kita semua menghargai pengorbanan yang telah diberikan.

Namun, lain pula kisah seorang pakcik yang telah tular sejak 25 Oktober lalu:-

Menurut satu muat naik di laman instagram oleh pengguna bernama Rayschaaqisha, warga emas tersebut datang ke Kuala Lumpur dari Sg petani pada bulan Mac lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Tujuannya adalah untuk mencari anak-anaknya seramai 6 orang yang putus hubungan selepas isterinya meninggal dunia.

“Saya berjumpa Pakcik ni tadi di restoran, baik sunguh bos restoran ni bagi pakcik ni makan dan minum percuma hari-hari,” tulisnya

Gadis berkenaan turut memberitahu warga emas tersebut menetap atau tidur di sebuah tapak perkuburan.

Akui sedih dengan kisah itu, gadis berkenaan mengambil peluang untuk menularkan dengan niat supaya memudahkan pencarian anak-anak pakcik tersebut.

Dikesempatan ini, Hot FM ingin menasihati pembaca agar sentiasa hargai ibu bapa masing-masing selagi mereka masih ada di sisi, namun sekiranya sudah tiada, sama-samalah sedekahkan Al-fatihah buat mereka..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest