Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

“Dato Boleh Tepi Sikit Tak, Nak Tengok Ada Apa Lagi,”Netizen Terhibur Sidang Media Ismail Sabri Dari Rumah

Menarik juga barang-barang yang ada tu…

Published

on

Setiap hari kita pasti menantikan sidang media oleh beberapa menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri, Tan Sri Dr Noor Hisham dan termasuklah Perdana Menteri sendiri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun nampaknya kini netizen hanya menantikan kemunculan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Facebook live bagi ‘membida’ barangan yang ada di kediaman beliau.

Sesi live Datuk Seri Ismail itu disaksikan oleh netizen menerusi Facebook miliknya sambil berlatarbelakangkan barang perhiasan di sudut rumahnya.

Netizen mengambil peluang untuk ‘lock’ barangan yang ada di rumah beliau antaranya ialah tengkolok, topi keledar, keris dan replika rumah tradisional.

Ruangan komen itu saling tidak tumpah seperti live penjual barangan online kerana ramai yang turut tumpang berminat dengan barangan itu.

Istilah yang mereka gunakan pada barangan yang dikehendaki ialah ‘lock’ yang mana sering dijadikan terms oleh pelanggan bagi peniaga online business.

Perkara itu turut mendapat perhatian menantunya iaitu Jovian Mandagie yang turut kongsikan perbulaan mereka anak beranak di Instagram miliknya.

Yes, barang-barang tu papa tukar daily.

Nampaknya setiap kali sesi live Datuk Ismail Sabri, kita dapat la saksikan bermacam-macam barangan yang ada di rumahnya.

Bukan itu sahaja, perkara itu juga turut baru diketahui oleh tuan empunya badan sendiri apabila pada mulanya dia akui agak bingung apabila ada rakannya yang memberitahu bahawa barang di kabinet rumahnya sudah kena ‘lock’.

Dulu baju-baju saya jadi kuih muih dan minuman. Kini lock or bida barang-barang di kabinet saya. Terima kasih semua netizen kerana sentiasa menceriakan dan membuat saya gembira.

Kreatif betul ya rakyat Malaysia ni, lepas ni mesti akan lebih ramai yang akan join FB live, make sure dengar juga perutusan yang disampaikan ya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest