Connect with us
Selamat Hari Raya

Onz

“Depression Dia Ni” Dituduh Abaikan Ibadah Waktu Bulan Puasa, Ada Yang Bitter Dengan Video Khairul Aming

Post video memasak waktu bulan puasa, ada pula yang persoalkan ibadah Khairul Aming. Walhal beliau dah shoot video tu sebulan lebih awal

Published

on

Siapa sangka dalam ramai yang menantikan video 30 Hari 30 Resepi oleh personaliti media sosial iaitu Khairul Aming, rupa-rupanya ada yang bitter selama ini.

Menerusi satu twit yang dimuat naik oleh akaun Twitter dikenali sebagai @XXXbyefelicia , menunjukkan ada seorang pemuda yang meluahkan pandangan peribadinya mengenai chef media sosial tersebut.

Namun apa yang mengejutkan ialah pandangan peribadinya itu bagaikan menfitnah dan menunjukkan seolah-olah Khairul Aming itu seorang Muslim yang mengabaikan suruhan agama.

“Terlalu obses sangat dengan content masakan dia sepanjang Ramadhan ni yang mana sepatutnya fokus pada ibadah. Kalau nak hasilkan content ni shoot before Ramadhan & during Ramadhan hang boleh fokus pada hang punya ibadah.”

Ternyata dakwaan itu boleh dikatakan agak melampau kerana sebelum ini Khairul Aming ada memberitahu bahawa video tersebut sudah diambil sebelum bulan Ramadan dan beliau hanya perlu memuat naik di laman Instagram mengikut tarikh yang sepatutnya.

Rata-rata warganet di Twitter turut menyebelahi Khairul Aming dan meminta agar pemuda berkenaan tidak mereka cerita seperti demikian kerana ia sudah dianggap keterlaluan.

Dalam masa yang sama, menghasilkan content memasak merupakan kerja harian Khairul Aming dan tidak salah sama sekali sekiranya beliau sering memuat naik video masakan dan makanan.

Waktu bulan puasa ni seeloknya kalau tak ada benda yang baik nak dikatakan, lebih bagus diam sahaja sebab takut nanti ada hati yang terguris pula dengan kata-kata kita tu.

Baca juga artikel sebelum ini:

“Dah Level Bisikan Yusuf Taiyoob,” Peminat Teruja Tunggu #30Hari30Resipi Khairul Aming Menjelang Ramadan

Sumber foto dan video: Instagram Khairul Aming dan Twitter Kak Jah Sungai Dua

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest