Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Dianggap Tidak Sensitif Bermain Golf Ketika Negara Dilanda Banjir, Ini Respon Permaisuri Agong

Hmm…

Published

on

Siapa yang tidak kenal dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sememangnya dikenali dengan sifat keibuan dan penyayang terhadap rakyat jelata.

Apa sahaja yang dilakukan olehnya, pasti menjadi perhatian ramai.

Terbaharu, Baginda memuat naik satu foto tangkap layar seorang individu di Twitter yang ‘mengecam’ tindakan Baginda bermain Golf di Serdang baru-baru ini sehingga mengundang perhatian Baginda.

“Syoknya time2 negara dalam bencana” tulis individu tersebut.

Hantaran yang di muat naik Baginda itu ditulis dengan kapsyen :

“??? sy terpaksa balik kuala lumpur kerna majlis perkawinan anak sahabat karib saya ….. hati saya di Pahang bersama mangsa banjir dan sy akan kembali semula selepas Tuanku habis kerja di KL …… salah ke sy pergi main golf ? i do programs in KL that i have to attend as RPA and we ll be going back to pahang again as soon as KL work is done!”

Tidak mahu disalah anggap, Baginda menjelaskan bahawa beliau harus pulang ke Kuala Lumpur kerana perlu menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sahabat karibnya.

Baginda turut menjelaskan bahawa dia hanya pergi ke Kuala Lumpur sebentar dan akan pulang kembali ke Pahang setelah selesai urusannya di sana.

Biodata Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah – PAHANGfm

Malah Baginda juga mempersoalkan salah ke tindakannya bermain golf hanya sebentar?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut beliau memberi nasihat kepada Baginda supaya mengabaikan kata-kata negatif dari mereka yang mengecam.

Diharapkan anda semua di luar sana supaya jaga bahasa dan kata-kata.

Janganlah mudah menjadi keyboard warrior, tak kira lah sesiapa pun. Sama-sama kita menghormati satu sama lain.

 

Sumber : Instagram Tunku Azizah

 

Baca artikel sebelum ini : Sanggup Redah Banjir Untuk Melawat Kawasan, YDP Agong Memandu Sendiri Untuk Ke Destinasi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest