Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Onz

Didakwa Lakukan Pembedahan Di Muka, Hael Husaini Tenang Jawab Spekulasi

Cukur jambang je lah guys…

Published

on

Selain berbakat besar dalam penciptaan lagu, Hael Husaini juga dikenali sebagai penyanyi yang sering tampil bergaya setiap kali membuat persembahan.

Malah, cita rasanya dalam berpakaian juga sangat tinggi, dari hujung rambut hingga hujung kaki begitu dijaga rapi.

Disebabkan sifatnya yang mahu kelihatan sempurna di mata khalayak, timbul pula spekulasi yang mengatakan penyanyi lagu Haram itu sanggup melakukan pembedahan kosmetik di bahagian wajah semata-mata untuk kelihatan segak.

Mengulas dakwaan itu, Hael berkata, ada perubahan pada wajahnya, tetapi bukanlah disebabkan pembedahan kosmetik seperti yang digembar-gemburkan.

“Kacak sangat ke saya sampai dituduh melakukan pembedahan wajah? Saya rasa macam biasa sahaja. Mungkin perubahan berlaku apabila saya mencukur jambang yang dibela, sejak sekian lama. Sebelum ini, saya terikat dengan kontrak yang memerlukan saya tampil seperti seorang yang berusia, jadi kenalah simpan jambang.”

Menidakkan dakwaan yang dilemparkan, Hael berkata, wajahnya adalah asli dan dia tidak percaya dengan pembedahan wajah kerana beliau hanya memerlukan stylist sahaja untuk kelihatan segak.

“Saya tak percaya untuk kelihatan kacak, kena buat pembedahan wajah. Kita ada penata gaya dan tatarias yang boleh merubah penampilan. Saya bukanlah seorang yang obses untuk mengubah wajah. Apa yang anda lihat pada saya sudah cukup sempurna. Wajah saya ‘ori’ tau,” ujarnya sambil tertawa.

Alahai guys, chill lah. Bukan ke wajah lelaki akan berubah kepada baby face setiap kali cukur jambang?

Positif k positif 😉

 

Sumber : Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest