Connect with us
Projek Radio

Viral

Dikatakan Bersifat Seksis & Hina Wanita, Netizen Minta DBP Kaji Semula Pantun Ini

Ye ke..

Published

on

Penggunaan pantun berkait rapat dengan corak hidup masyarakat Melayu zaman dulu.

Ia juga dicipta asli oleh orang Melayu dan bukannya di adaptasi daripada puisi masyarakat lain.

Semasa di sekolah juga, para pelajar telah diajar tentang penggunaan pantun menerusi subjek Bahasa Melayu, kan?

Pantun  sebenarnya bertujuan sindiran dan tempelak.

Ini kerana waktu dulu orang Melayu pentingkan kesopanan, jadi sekiranya mereka mahu menyindir, mereka akan menggunakan bahasa kiasan.

Terbaharu, perkongsian ciapan oleh akaun Twitter @DBPMalaysia ini telah dihujani oleh balasan tweet yang membahaskan penggunaan pantun:

Image

“Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.”

Pemilik akaun @visithra bagaimanapun telah berkongsikan maksud tafsiran pantun itu daripada satu journal, yang mana ia menunjukkan pantun tersebut memang ditujukan buat wanita.

Ia juga menekankan bahawa anak gadis perlu untuk belajar kemahiran mengurus rumah tangga, termasuk memasak.

Namun, ada yang persoalkan, kehandalan wanita di dapur tak sepatutnya menjadi ukuran seberapa baik wanita itu bergelar isteri.

Pemilik akaun Nisah Haron pula berkongsi maksud lain yang dikaitkan dengan pantun tersebut.

Image

Apa pula pendapat anda?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest