Connect with us
Geng Pagi Hot

Viral

Dikatakan Tidak Jalankan Tanggungjawab, Netizen Berang Rina Harun Buat ‘Modelling’

Tetapi Rina Harun tetap jalankan tugas beliau tau

Published

on

Nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Harun disebut-sebut setelah foto beliau tular di media sosial.

Ia selepas perubahan fizikalnya yang kelihatan lebih kurus telah menarik perhatian netizen untuk bercakap mengenainya.

Memang menawan penampilan beliau sekarang, kan?

Bagaimanapun, terdapat beberapa foto beliau telah tular di laman Twitter yang menunjukkan beliau telah terlibat dengan sesi fotografi.

Ia telah menimbulkan rasa kurang senang netizen kerana sesi fotografi tersebut dikatakan tidak sesuai dilakukan ketika banyak isu sedang berbangkit di bawah kementeriannya.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaharu, Rina berkata rang undang-undang (RUU) berkaitan gangguan seksual dijangka siap Mac ini, dan ia dijangka akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Menteri itu berkata, draf RUU itu kini pada peringkat akhir bagi penelitian Jabatan Penguam Negara.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa tugas beliau sebagai seorang menteri masih digalas dengan baik.

 

Sumber: Twitter dan Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest