Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

“Diorang Punya Peluh Macam Air Bertakung!” Video Frontliner Buka PPE Bikin Netizen Sebak

Terima kasih frontliners!

Published

on

Kita kalau pakai baju berlapis pun dah rasa panas dan rimas sebab berpeluh, agaknya macam mana la frontliner yang pakai PPE tu ya?

Mereka bukan sahaja terpaksa pakai satu helai pakaian perlindungan diri (PPE), tetapi berlapis bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti virus Covid-19 semasa sedang merawat pesakit yang berkenaan.

Pada 19 Oktober, seorang pengguna di Twitter telah kongsikan satu video pendek menunjukkan beberapa orang petugas barisan hadapan sedang membuka pakaian PPE milik mereka.

Ini demostrasi membuka 3 layer PPE. Wuuu, ini sudah bertakung ni, macam dalam hujan je.

Kelihatan peluh keluar dari pakaian itu seperti air yang bertakung.

Sekali pandang rakaman itu memang nampak agak lucu kerana mereka seakan-akan seronok dapat tengok peluh yang keluar, tapi hakikatnya kerja mereka itu sangat memenatkan.

Netizen yang menonton bagaikan dapat merasai kepenatan yang mereka sedang alami demi menjaga kesihatan rakyat Malaysia.

Bayangkan bagaimana sengsaranya mereka terpaksa memakai pakaian PPE yang berlapis itu dibawah cuaca panas terik.

Diharapkan dengan adanya video ini, dapat membuka mata rakyat Malaysia supaya terus menjaga diri dan elakkan daripada terkena jangkitan virus bahaya yang boleh membunuh ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest