Connect with us
Selamat Hari Raya

Viral

Ditawar Berlakon Filem Pendek Tetapi Secara ‘Percuma’, Daiyan Trisha Berang Dengan Si ‘Filmmaker’

Perkara itu sekaligus mengundang rasa amarah dan kesal pelakon berkenaan yang tidak menyangka masih wujud lagi manusia seperti itu…

Published

on

Trend meminta seseorang melakukan sesuatu tetapi hanya mahu bayar melalui ‘exposure’ ataupun secara percuma kebelakangan ini sudah semakin berleluasa, tidak kira di dalam industri apa sekali pun.

Itulah yang berlaku terhadap pelakon, penyanyi dan model terkenal, Daiyan Trisha yang menerima direct message (DM) dari orang yang tidak dikenali yang mendakwa dirinya adalah independent filmmaker di Instagram yang mahu dirinya menjadi salah seorang pelakon di dalam drama pendek beliau tetapi tidak mahu memberikan apa-apa bayaran.

Daiyan Terima DM

Perkara itu sekaligus mengundang rasa amarah dan kesal pelakon berkenaan yang tidak menyangka masih wujud lagi manusia seperti itu.

“if there’s one thing men have, it’s the audacity” tulis Daiyan

Kami pasti bukan Daiyan sahaja pernah mengalami situasi ini, malah selebriti lain, serta mereka yang berada di dalam industri seni kreatif pasti pernah ditawarkan sebegini.

Sudah masuk tahun 2021,  mari lah kita hargai usaha dan titik peluh seseorang itu, janganlah menggunakan mereka semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Kita bukan hidup di zaman batu. Opps!

 

Sumber : Instagram Daiyan Trisha

 

Baca artikel berkaitan : Posing Bersama Kereta Mewah, Daiyan Trisha Buat Surprise Untuk ‘Someone Special’?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest