Connect with us
Hot Selebriti

Viral

“Doakan Saya” Terlampau Kerja Keras, Datuk Seri Aliff Syukri ‘Berehat’ Di Hospital

Jaga kesihatan guys

Published

on

Kadang-kala apabila badan kita terlampau letih bekerja pasti akan ada satu ketika kita akan jatuh sakit dan baru la dapat berehat walaupun sekejap.

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan bahawa beliau telah dimasukkan ke hospital pada 2 Disember lalu.

“Doakan saya selamat, selamat segala-galanya.”

Namun tidak diberitahu pula sebab mengapa beliau dimasukkan ke wad tetapi melalui posting di laman Instagram, difahaman bapa kepada lima orang cahaya mata itu terlampau kuat bekerja sehingga tidak ada masa untuk berehat.

Baginya, apa yang terjadi itu merupakan pengalaman manis dalam hidupnya sepanjang bergelar usahawan.

Maklum la, sekarang ini beliau bukan sahaja memiliki perniagaan kecantikan malah turut mempunyai beberapa perniagaan lain sehingga membuatkan dia perlu berusaha lebih keras untuk meneruskan legasinya.

Rata-rata netizen menasihati beliau untuk berehat dan jaga kesihatan, ditambah pula dengan keadaan sekarang bermacam penyakit atau dugaan menanti kita di masa hadapan.

Namun usahawan dan juga penyanyi itu telah sembuh dan kini beliau sudah kembali aktif bekerja seperti sedia kala.

Kita jadikan ujian yang menimpa beliau ini sebagai peringatan kepada kita semua supaya jangan abaikan kesihatan diri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest