Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

‘Drop Your Foreign Languages’ Dijadikan Bahan Jenaka, Dimana Kesantunan Bahasa?

Bahasa jiwa bangsa?…

Published

on

Aplikasi TikTok kebelakangan ini menjadi sangat popular terutamanya dalam kalangan anak muda.

Pelbagai jenis video boleh didapati ataupun dijadikan inspirasi seperti video menari, memasak, life hacks, fakta dan banyak lagi di aplikasi itu.

How TikTok Became The Music Industry's New Fame Machine - Rolling Stone

Bercakap mengenai TikTok, baru-baru ini tular sebuah video trend ‘drop your foreign languages’  di mana pemilik video meminta Tiktokers untuk meninggalkan bahasa negara mereka yang boleh dipelajari di ruangan komen video berkenaan.

Salah satunya adalah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @rexcampbell ini.

@rexcampbelllet’s make it happen😎 ##foryou♬ Yi Jian Mei – xue hua piao piao bei feng xiao xiao – Yu-Ching Fei

Siapa sangka, lain yang diminta lain yang diberi.

Menyedihkan apabila melihat perkataan-perkataan kesat ditinggalkan di ruangan komen video itu kerana kebanyakan adalah dari anak muda Malaysia sendiri.

“Kepala hotak kau means how smart are you” – tulis seorang pengguna TikTok

Image

Image

Di mana adab berbahasa dan kesantunan yang dipelajari?

Anak-anak muda ini seakan selesa berkomunikasi menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak berhemah di media sosial.

Perkara ini tidak sepatutnya dijadikan bahan gelak tawa kerana aplikasi TikTok sepatutnya digunakan untuk pelbagai tujuan komunikasi dan bukan perkara memalukan seperti ini.

Sebelum ini penyanyi popular antarabangsa, Dua Lipa pernah menjadi bahan sindiran dan ejekan pengikutnya di negara ini sehingga beliau mengalah dan menukar kapsyen gambar bapanya di Instagram.

M'sians Apologise To Dua Lipa After She Was Mocked Into Editing Her "Babi" Instagram Post

Pepatah melayu ada menyebut, “yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa”.

Oleh yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga dan memartabat bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest