Connect with us
Hot Selebriti

Viral

“DSV Nak Tak Ayah I?” Dah 53 Tahun Tapi Nampak Muda, Ramai Teruja Nak Tahu Rahsia Azman Tang

Awet muda ya…

Published

on

Sekali pandang mungkin korang akan ingat lelaki bertubuh sasa ini berusia dalam lingkungan 30-an, betul tak?

Tetapi hakikatnya lelaki bernama Azman Tang ini sudah berusia 53 tahun kerana dia merupakan seorang professional personal fitness trainer di Pulau Pinang dan sudah menceburi dunia bina badan sejak 35 tahun yang lalu.

Video yang dimuat naik oleh anaknya sendiri iaitu Murni Hidayah ini mendapat perhatian ramai apabila melihat dia sedang mengajar teknik untuk bersenam.

Menurut Murni, bapanya sebelum ini pernah memenangi pertandingan Mr. Malaysia sebanyak dua kali, Mr. Penang tujuh kali dan beberapa lagi pertandingan bina badan yang lain.

Mungkin orang lain yang sedang dalam usaha untuk membina otot akan mengambil ubat tambahan seperti steroid tetapi tidak bagi Azman kerana dia hanya mengamalkan healthy diet, healthy brain and healthy life.

Namanya mungkin tidak dikenali ramai seperti ahli bina badan yang lain, tetapi jika di Pulau Pinang, rata-rata mereka di sana pasti akan tahu siapa sebenarnya Azman Tang ini.

Tambah Murni ketika ditemu bual, bapanya seorang trainer di Pulau Pinang dan disebabkan itu mereka terpaksa berjauhan selepas kedua ibu bapanya bercerai sekitar 11 tahun yang lalu.

Dalam masa yang sama, menurut Azman, dia masih belum bersedia untuk meninggalkan semua pelanggannya yang berada di Pulau Pinang kerana baginya dia hanya dikenali di sana sahaja dan tidak di tempat lain.

Murni juga berharap agar satu hari nanti dia berjaya dalam perniagannya dan dapat membawa bapanya pulang ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama dia dan suami.

Agak-agak Datuk Vida nak tak kat bapak aku?

Apa yang paling lucu sekali ialah Murni sempat juga promote bapa dia untuk sesiapa yang memerlukan teman hidup kerana menurutnya bapanya seorang yang sangat setia dan penyayang.

Rata-rate netizen turut teruja melihat penampilan Azman yang masih lagi kuat dan kelihatan muda walaupun hakikatnya sudah memasuki usia 50 tahun.

Ramai turut tertarik dengan gaya hidup yang diamalkan oleh Azman dan berharap agar suatu hari nanti dia dapat mengajar ramai lagi orang yang memerlukan perkhidmatannya dalam dunia bina badan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest