Connect with us
Hot FM

Onz

Gemar Beli Makanan Di Tepi Jalan, Anakanda Agong Terus Disenangi Rakyat

Tengku Hassanal mengikuti jejak langkah ibu dan bapanya yang sangat berjiwa rakyat..

Published

on

Jika anda ikuti perkembangan keluarga Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pasti sedia maklum keramahan baginda bersama rakyat jelata.

Perkara itu bukan sahaja dilakukan oleh Baginda sahaja, malah turut diikuti oleh anakandanya Pemangku Raja Pahang  Tengku Hassanal Ibrahim.

Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? atau bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Terbaharu, menerusi media sosial milik Tengku Hassanal, beliau telah memuat naik beberapa keping foto dirinya mempromosikan sebuah gerai pinggir jalan.

“My Uncle here has now upgraded and expanded his stall in Felda Bukit Goh, Alhamdullilah.” tulisnya

Ujarnya lagi, peniaga itu sering mengenakan tanjak sekiranyan orang ramai mahu mencari gerai tersebut yang menyediakan air kelapa asli.

Menerusi foto yang kedua pula, dapat dilihat Tengku Hassanal sedang duduk di gerai lama yang dipromosinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata  meninggalkan pelbagai reaksi positif dan masing-masing bersetuju bahawa Tengku Hassanal saling tak tumpah seperti ibu dan bapanya yang sangat berjiwa rakyat.



Syabas Tengku Hassanal! Hot FM doakan semoga dirahmati selalu dan dilindugi. Dualat tuanku!

 

Sumber foto: Instagram Tengku Hassanal

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest