Connect with us
Hot FM

Viral

“Gula-Gula Dekat Pokok” Doktor Muda Ini Rakam Entiti Asing, Ramai Nampak Seperti Pocong

Dr. Insyirah berjaya merakam entiti seakan-akan pocong di dalam hutan berkenaan tapi ada yang kata ia hanya pantulan sahaja

Published

on

Makhluk halus merupakan satu entiti asing yang tidak mudah untuk kita lihat dengan mata kasar, sebaliknya hanya dirasai kehadirannya oleh sesetengah orang sahaja.

Tapi bagaimana pula jika ‘rezeki’ apabila kita dapat merakam kehadiran entiti berkenaan?

Seorang doktor yang juga merupakan personaliti media sosial iaitu Dr. Syarifah Nur’ Insyirah Saifuddin Shah ada kongsikan satu video pendek menunjukkan kejadian luar biasa itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DR. AFFA (M.D) (@insyirahsyerry)

Tidak diketahui di manakah lokasi berkenaan tetapi jelas kelihatan entiti seakan-akan pocong itu sedang bertenggek di sebatang pokok dekat kawasan hutan.

Disebabkan video berkenaan, ramai pengikutnya telah meninggalkan banyak komen balas berkenaan kejadian tersebut.

Ada yang mengatakan bahawa itu bukanlah entiti makhluk halus, sebaliknya hanya pantulan cahaya semata-mata.

Tapi kalau betul lah apa yang dirakam tu merupakan makhluk halus, tak boleh tidur malam ya doktor Insyirah tu nanti.

Sumbe foto dan video: Instagram Insyirah Syerry

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest