Connect with us
Selamat Hari Raya

Viral

Habis Satu Kondominium Kecoh Gara-Gara ‘Spender Terbang’, Ending Tu Paling Kelakar!

“So sorry abang-abang gaduh sebab spender saya’…

Published

on

Adat hidup berjiran, pasti ada masam dan manis. Umum tahu, kita yang hidup berjiran perlu saling bertolak ansur antara satu sama lain bagi memelihara keharmonian tetangga.

Baru-baru ini ada kejadian yang melucukan tular di laman sosial seorang pengguna di Facebook iaitu Van J Edward berkongsi mengenai ‘seluar dalam’ yang muncul secara tiba-tiba di rumah seorang penghuni unit 10-7 ini sehingga mencetuskan perbalahan antara unit itu dan unit 9-07.

Tidak mahu masalah itu terus berlarutan, penghuni unit 10-7 mengambil inisiatif untuk menasihati jiran-jiran yang mungkin terbuang sampah tanpa sengaja dari tingkat atas seperti yang dikongsikan lelaki ini di Facebook.

Facebook Van J Edward 

Melihat kepada surat amaran yang dilekatkan di peti surat penghuni rumah ini, dia meminta agar penghuni unit 9-07 itu untuk tidak membuang sampah di rumahnya dan meminta agar mereka hormati dan menjadi jiran yang lebih bertanggungjawab.

“Kami minta jasa baik untuk berhenti membuang sampah anda ke bawah rumah kami!”

“Please be civilized and respectful of others”

Tampil membalas surat itu di laman sosialnya, penghuni unit 10-7 itu memberitahu bahawa mereka bukan ‘si pembuang sampah’ seperti yang dituduh oleh penghuni 9-07 itu tadi.

Facebook Van J Edward 

“Saya rasa awak menuduh orang yang salah, ini bukan barang dari unit saya”

“Saya harap selepas ini mungkin pihak tuan boleh selidik dulu dari mana “sampah” ini dtg dan bukan terus aim unit kami”

Aduhaiii, menjawab kepada spekulasi siapakah pemilik ‘seluar dalam’ yang bertebaran itu, pemilik sebenar tampil membalas surat kedua penghuni itu tadi.

Facebook Van J Edward 

“So sorry abg2 gaduh sebab spender saya, story sebenarnya adalah saya jemur spender saya pada waktu siang, malangnya ANGINNN VERY KUAT dan menyebabkan spender saya TER-FLY  ke unit victim 9-07.”

“Lagipun saya found out spender uniqlo saya hilang pada hari kedua, bukan salah 9-07, bukan salah 10-07. Salah ANGIN KUAT”

“In the conclusion, sebagai tanda kemaafan saya, saya ingin menjemput abg2 unit 9-07 dan 10-07 untuk dinner KFC percuma, jika anda interested ini nombor contact saya”

Fuhh nasib baik pemilik sebenar seluar dalam berkenaan tampil menceritakan perkara sebenar, siap nak belanja makan pulak tu!

Apa yang lebih melucukan perkongsian itu turut menjadi perhatian netizen di media sosial. Lihat sahaja reaksi-reaksi mereka.

Terhibur teruk lah melihat drama kejiranan mereka ni. So guys,  kalau ada perselisihan faham, sebaiknya diselesaikan secara rasional dan bukannya mengaibkan mana-mana pihak okay?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest