Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Viral

Hampir Dipukau Menerusi Panggilan Telefon, “Bomoh” Berkenaan Koyak Ditarbiah Ustaz Caprice

Kononnya menuduh penyanyi berkenaan berkahwin dengan anaknya tanpa pengetahuan, walhal hanya mahu ‘pancing’ untuk mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya…

Published

on

Baru-baru ini penyanyi, penulis lagu dan ahli perniagaan Caprice, mendedahkan bahawa dia menerima panggilan dari orang yang tidak dikenali yang kononnya menuduh penyanyi berkenaan berkahwin dengan anaknya tanpa pengetahuan, walhal hanya mahu ‘pancing’ untuk mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Tidak mahu orang lain turut terkena perkara yang sama, Caprice berkongsikan tentang perkara itu di laman Instagram milik beliau.

Bomoh koyak hot fm

“BOMOH KOYAK tak puas hati call caprice tadi!! seram

number ni pernah call caprice tahun lepas cakap nama dia pakcik nasir dari Rawang dan dia tuduh caprice kahwin dgn anak dia tanpa bagi tahu dia.. dia tanya kita duduk mana.. kerje dekat mana.. tu hanya modal untuk call dan sihir / pukau melalui telephone. sangat2 bahaya. nasib baik kali ni ustaz caprice yang ambik call. @pdrmsia_official tolong siasat number ni 011-114-308-90 @myjakim”

Menulis di ruangan kapsyen, Caprice berkata itu adalah salah satu taktik untuk memukau atau menyihir mangsa, dengan membuat cerita terlebih dahulu dan cuba memperdaya sehingga seseorang mangsa itu terpedaya.

Image result for caprice

Menerusi video yang dimuat naik sebelum ini yang berdurasi hampir 15 minit, Caprice dilihat ditemani oleh Ustaz beliau yang cuba untuk ‘berunding’ dengan bomoh berkenaan yang dilihat tidak mahu mengucapkan kalimah syahadah dan mengucap apabila disuruh oleh Ustaz tersebut.

Jika mendengar pada perbualan mereka sepanjang 15 minit itu, bomoh berkenaan ‘koyak’ dengan pertanyaan-pertanyaan yang diberikan oleh Ustaz tersebut.

Dalam pada itu, Caprice turut mendedahkan bahawa selepas membuat panggilan berkenaan, dia asyik menerima panggilan dari bomoh yang sama tidak henti-henti dan memohon Polis Diraja Malaysia untuk membuat spotcheck terhadap nombor tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Allahu. Semoga tiada apa-apa yang buruk akan berlaku, harap Caprice dapat selesaikan masalah ini dengan secepatnya.

Diharap semua berhati-hati ketika menjawab panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali, always be precaution ya!

 

Sumber : Instagram Caprice

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest