Connect with us
Geng Pagi Hot

Viral

Hazeman Huzir Terkejut, Pakcik Ini Tinggal Dalam Masjid 2 Tahun Sebab Taknak Susahkan Anak

Sedih la pulak…

Published

on

Sempena dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang singkat, pastinya ramai tidak sempat membuat persediaan untuk menjalani tempoh dua minggu di dalam rumah masing-masing.

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang warga emas ini yang mana beliau mengambil keputusan untuk tinggal di dalam masjid di Shah Alam selama dua tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir)

Perkara itu telah mengejutkan pengacara televisyen, Hazeman Huzir yang baru mendapat tahu tentang kejadian itu 7 jam sebelum bermulanya PKP 2.0 pada 13 Januari lalu.

Namun disebabkan PKP, pakcik berkenaan mengambil keputusan untuk menetap sementara di sebuah surau dekat Seksyen 7 kerana tidak mahu menyusahkan anak-anaknya.

Difahamkan, pakcik itu juga menghidap sakit kaki sehingga membuatkan beliau tidak boleh berdiri dan berjalan dengan terlalu lama.

Disebabkan video tersebut, ramai turut bersimpati dengan nasib pakcik itu dan mengakui sering terserempak dengan beliau di kawasan Shah Alam ketika sedang menjual dadih.

Walaupun mempunyai kekangan untuk membantu disebabkan PKP yang sedang berlangsung, Haze tetap berusaha untuk mencari jalan bagi meringankan beban beliau.

Semoga ada pihak yang akan membantu pakcik tersebut agar beliau dapat menjalani kehidupan selesa di sebuah tempat yang bergelar rumah.

Sumber foto dan video: Instagram Hazeman Huzir

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest