Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Bengang Banyak Kereta Guna Lampu Putih, Ini Pesanan Netizen Pada Mereka Yang Berkenaan

Geram kan bila kena macam ni?

Published

on

Sesetengah pemilik kenderaan pasti akan cuba untuk menambah baik kenderaan mereka seperti yang dimahukan kerana ia juga membuatkan kita rasa berpuas hati.

Satu twit telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @Hfnz9 memberi peringatan kepada semua pemilik kenderaan supaya tidak memasang lampu berwarna-warni di kenderaan mereka.

Siapa pun kau, perempuan atau lelaki. Jangan guna lampu ni, lampu ‘suluh neraka’

Hal ini kerana ia telah mengganggu pandangan pemandu lain dan menyebabkan kesukaran untuk terus fokus di atas jalan raya.

Ada antaranya mengakui bahawa cahaya lampu tersebut sering mengganggu mereka yang sedang membawa kereta dan juga motosikal.

Dalam masa yang sama, netizen turut bersetuju bahawa cahaya lampu berwarna putih boleh menyebabkan penglihatan pemandu menjadi silau dan membawa kepada risiko kemalangan jalan raya.

Ada juga yang sempat membuat lawak mengatakan bahawa kebanyakan kenderaan yang memasang lampu tambahan ini biasanya yang sering menjadi ‘gangster jalan raya’.

Untuk makluman, sebarang pertambahan aksesori yang dilakukan pada kenderaan persendirian perlu mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).

Tak salah sekiranya kita mahu menambah aksesori di kenderaan sendiri, tetapi pastikan ia mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest