Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

“Hijabis Warnakan Rambut Nak Tunjuk Siapa?” Cantik Untuk Diri Sendiri, Bukan Semata-Mata Kerana Lelaki

Asalkan jangan warna pink kuning sudah la…

Published

on

Jika anda seorang perempuan, adakah anda bersetuju bahawa kaum perempuan ini sebenarnya bergaya untuk kepuasan diri sendiri dan bukannya semata-mata untuk impress kaum lelaki?

Satu twit ringkas yang ditulis oleh seorang pengguna di laman Twitter dikenali sebagai @pesaramuda telah menjadi topik perbualan beberapa netizen yang kurang bersetuju dengan pendapat seorang wanita dikenali sebagai @taraterrytera di ruangan komen.

Twit yang ditulis oleh pemuda bernama Pesara Muda itu hanya la tentang isterinya yang menghabiskan duit hampir RM500 bagi membuat rawatan kecantikan rambut dan menganggap ia sebagai satu pelaburan pada diri.

Lalu datang pula pengguna bernama Tara itu dan kenyatannya membuatkan ramai kaum wanita berang dengan kata-katanya itu.

Ramai yang tidak bersetuju pada kata-katanya tentang wanita bertudung tidak perlu beria untuk membuat rambut kerana mereka memakai tudung dan tiada siapa akan nampak kecantikan rambutnya itu.

Rata-rata mereka memberikan pendapat bahawa para hijabis bujang juga perlu mencantikkan diri dan ia sudah semestinya untuk memuaskan hati sendiri walaupun tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Maklum la, perempuan kan memang suka benda yang cantik-cantik. Tapi pastikan niat kita mewarnakan rambut itu bukan la untuk menunjuk-nunjuk dan pastikan pewarna rambut itu halal.

Tak salah pun sebenarnya kalau para hijabis ni nak cantikkan diri untuk kepuasan diri, walaupun tak ada yang boleh tengok, kan kita boleh share sekali tips cantikkan rambut dekat kawan-kawan perempuan?

At least dah buat persiapan awal, nanti bila dah kahwin baru la suami terkejut tengok isteri dia cantik setiap masa kan?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest