Connect with us
Hot Selebriti

VIRAL

Indah Khabar Dari Rupa, Pusat Kuarantin Tidak Seperti Yang Disangka

Jangan cepat menghukum..

Published

on

Baru-baru ini tular dua foto menunjukkan situasi sebenar pusat kuarantin yang disediakan menerusi laman Twitter dikatakan tidak sama seperti yang digambarkan.

Gambar itu telah dimuat naik oleh seorang individu menggunakan nama Maisarra Anuar pada 8 Januari.

Ciapan tersebut sehingga kini berjaya mendapat perhatian netizen, selain pelbagai respon dan reaksi masing-masing.

Tampil menjernihkan keadaan, pada 9 Januari seorang pemuda telah menceritakan pengalamannya sewaktu berada di sebuah pusat kuarantin di Serdang.

Image

Menurutnya, pusat berkenaan nampak seperti menakutkan. Tetapi, ia sebenarnya adalah selamat dan bersih.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa kain putih yang digantung adalah untuk melindungi mata daripada silau kerana lampu di pusat tersebut dibuka selama 24 jam.

Pusat kuarantin itu juga dilengkapi dengan 6 buah tandas bagi setiap dewan.

Afifie turut mengakui bahawa beliau tidak pernah beratur mahupun menunggu untuk masuk tandas selama berada di situ.

Dalam masa yang sama, Afifie turut menzahirkan penghargaan buat petugas barisan hadapan selain Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menyediakan tempat yang selesa itu.

Menyentuh tentang pemakanan pula, ini penjelasan Afifie:-

Menurut Afifie, makanan akan dihantar kepada pesakit dengan cara agihan dari pesakit ke pesakit.

“We help each other. Because we are in this together. Ramai yang tolong petugas untuk agihkan makanan,” ujarnya

Bagaimanapun terdapat individu yang mempersoal alasan pihak kuarantin meletakkan katil tanpa penjarakan sosial.

Ini jawapan Afifie:-

Selain itu, Afifie menyatakan bahawa penempatan mereka turut diasingkan dengan bukan warganegara Malaysia bagi memudahkan tujuan pengumuman, pendaftaran dan pemerhatian.

Apa-apa pun, Hot FM mendoakan agar pesakit-pesakit COVID-19 cepat sembuh dan mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus untuk memutuskan rantaian wabak ini.

 

Sumber daripada: Twitter Afifie Chan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest