Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

“Ingatkan Budak Juvana” Sempat Buat TikTok Dengan Laptop, Syed Saddiq Dah Ready Untuk Agihan

Nasib baik bukan TikTok joget

Published

on

Selepas misi Adun Muar iaitu Yang Berhormat Syed Saddiq melaksanakan kutipan dana sebanyak RM200,000 1Keluarga 1Laptop dan #BotakChallenge , nampaknya kini beliau akan menunaikan janjinya itu kepada rakyat Muar.

Pada 10 Disember lepas, Saddiq nampaknya sudah bersiap sedia bersama dengan beberapa laptop yang dijanjikan untu diagihkan kepada mereka yang layak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Walaupun bergelar menteri, darah anak muda masih lagi mengalir di dalam badannya sehingga beliau turut tidak mahu ketinggalan untuk membuat video TikTok seperti mereka yang lain.

Dengan penuh gaya, Saddiq tampil membuat video TikTok berlatar belakangkan lagu Abang Jago sambil memegang sebuah laptop di tangannya dan menari dengan penuh bersemangat!

Gelagat bersahaja Saddiq itu turut disertai dua lagi pembantunya yang juga membotakkan kepala mereka sehingga ada yang menggelar mereka seperti karakter kartun Upin Ipin.

Dalam masa yang sama, ada juga yang berasa bimbang melihat cara Saddiq memegang laptop berkenaan dengan sebelah tangan sahaja.

Apa pun, semoga urusan Saddiq dan team yang lain dipermudahkan dalam meringankan beban rakyat di Muar, Johor.

Harapnya lepas ni ada lagi la video menari pula dekat akaun TikTok Syed Saddiq ya…

Baca jugak artikel sebelum ini:

“Botak Pun Comel” Tunaikan Nazar Demi Rakyat Muar, Tindakan Syed Saddiq Dipuji

Sumber foto dan video: Instagram Syed Saddiq

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest