Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Viral

Isu Misi Semporna Tidak Diteruskan, Caprice Tampil ‘Back Up’ Usaha Murni Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew tidak dapat meneruskan misi di pulau-pulau Semporna, Caprice berpendapat pihak berwajib sepatutnya memaklumkan lebih awal mengenai perkara itu.

Published

on

Umum mengetahui, dalam keterujaan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Sabah, kesedihan menyelubungi pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew apabila beliau tidak dapat meneruskan misi tersebut di pulau-pulau di Semporna.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, penyanyi rap terkenal iaitu Caprice turut memberikan pendapatnya, dimana beliau merasakan pihak berwajib sepatutnya memberitahu lebih awal jika kawasan itu adalah kawasan terlarang dan pendakwah berkenaan akan dikenakan denda ataupun penjara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

“Dunia makin pelik… stay strong my bro @ebitlew

P.S- kalau betul lah tempat tu bahaya, tak boleh masuk, dan boleh kene denda… kenape pihak berkuasa tak bagi tahu dia awal2? Dari awal ustaz dapat escort… tibe2 dapat news tak boleh masuk + boleh kene denda. 😑”

Meluahkan rasa kesal dengan apa yang terjadi, Caprice di dalam video ulasan berkenaan berkata, usaha Ebit Lew untuk membantu rakyat miskin di Semporna tidak dapat diteruskan itu seolah-olah ada udang disebalik batu, di mana ada ‘orang atasan’ yang kurang senang dengan perbuatan pendakwah tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Wallahhuallam.

Berkata lanjut, Caprice berharap suatu hari nanti pendakwah tersebut akan diberi peluang untuk masuk ke dalam dewan rakyat, untuk bantu mereka demi kesejahteraan ummah dan negara Malaysia.

Sementara itu memetik laporan Berita Harian sebelum ini, tiada larangan dikenakan terhadap sesiapa termasuk penceramah bebas untuk melaksanakan kerja kebajikan, malah program seumpama itu juga disokong pihak polis.

Ebit Lew tangguh bina sekolah, tidak dibenarkan teruskan bantuan - Kosmo Digital

Namun, program itu perlulah dilaksanakan pada masa ditetapkan, bukan ketika masa larangan kerana Semporna berada dalam Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) di mana kawasan ini masih berbahaya untuk dilawati dan masih tertakluk kepada perintah berkurung.

Harap artikel ini dapat menjelaskan isu mengenai mengapa Ustaz Ebit tidak dibenarkan untuk teruskan misi di kepulauan Sabah.

Sumber: Instagram Caprice & Berita Harian

 

Baca artikel berkaitan : Abang Jago Dah Sampai, Ustaz Ebit Lew Edarkan Sendiri Tab Kepada Pelajar Tak Kira Bangsa Dan Agama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest