Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Isu Umat Islam Beri Ucapan Hari Natal, Amin Idris Dan Ustaz Kamilin Jamilin Tampil Beri Penerangan

Semoga semua faham

Published

on

Setiap kali tanggal 25 Disember, pasti isu kekeliruan seperti ini akan dibangkitkan sehingga membuatkan ia seperti tidak ada penghujungnya.

Sebagai penduduk di Malaysia yang mempunyai berbilang kaum dan agama, pastinya kita turut tumpang gembira atas perayaan kaum lain tetapi bagi perayaan Hari Natal, ia sering menjadi topik pertelingkahan antara umat Islam sendiri.

Pada 30 Disember, pengacara Amin Idris tampil kongsikan fakta mengenai hukum umat Islam bergambar serta berpakaian seperti Santa Claus ketika perayaan Hari Natal.

“Bro Amin datang daripada keluarga Kristian dan Buddha. Saya masuk Islam umur 4 tahun, jadi daripada kecil saya dah tahu macam mana rasanya ada keluarga yang beragama Kristian ni.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amin Idris (@amin_idris)

Isu yang dibincangkan oleh Amin di dalam video ini ialah:

  • Boleh atau tidak seorang Muslim memberi ucapan kepada rakan bukan Islam sempena perayaan mereka?
  • Beza antara beri ucapan dan turut sama menyambut.
  • Hukum pemimpin menyampaikan ucapan perayaan untuk mereka yang berada dibawahnya.
  • Bagaimana sekiranya kita dijemput ke rumah rakan yang bukan beragama Islam sempena perayaan mereka?

Bagi menjawab isu ini, Amin turut mendapatkan pandangan tambahan daripada Dr. Kamilin Jamilin iaitu salah seorang Ahli Majlis Fatwa Wilayah Perseketuan.

“Umat Islam terbahagi kepada tiga pendirian iaitu golongan tidak membenarkan sebarang ucapan atau perayaan, mengharuskan ucapan tetapi tidak mengharuskan menyambut perayaan serta masyarakat mengambil mudah yang membenarkan semua benda selagi tidak mempunyai kepercayaan seperti agama tersebut.”

Tambah Dr. Kamilin lagi, sekiranya kita memakai pakaian perayaan agama lain, ia dianggap sebagai menyerupai agama tersebut.

Kesimpulan daripada perkongsian mereka ialah sebagai umat Islam, kita dilarang sama sekali mengagungkan perayaan agama lain kerana mempunyai unsur menyekutukan Allah S.W.T.

Semoga dengan perkongsian ini dapat menjawab segala kemusykilan kita semua.

Baca juga artikel sebelum ini:

Sambut Hari Krismas Bersama Rakan, Tak Pasal-Pasal Awal Ashaari Dihentam Netizen

Sumber video dan foto: Instagram Amin Idris

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest