Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

“Jadi Frontliner Kalau Nak Keluar” Netizen Berang Wanita Ini Keluar Walaupun Pakai Gelang Pink!

Haih, duduk rumah pun susah juga ke?

Published

on

Sudah berbulan kita menghadapi pandemik Covid-19 di seluruh dunia tetapi masih ada lagi individu yang tidak mahu mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Seorang wanita ‘kantoi’ selepas dia didapati bersalah berada di tempat awam walaupun sedang dalam tempoh kuarantin.

Image

Wanita berkenaan telah ditahan oleh anggota RELA apabila dia didapati berada di Kompleks Sri Aman Persiaran Paya Terubong 2, Bayan Lepas walaupun sedang memakai gelang merah jambu.

Difahamkan wanita itu telah ditahan pada 4 November lalu dan dia merupakan salah seorang individu yang perlu menjalani kuarantin selama 14 hari membabitkan kes Kluster Bayan.

Mujur atas tindakan pantas salah seorang anggota pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut yang sedang bertugas menjalani pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berjaya menghalang wanita itu daripada memasuki ke dalam kawasan pasar berkenaan.

Menurut laporan daripada sebuah akhbar tempatan memberitahu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal menjalankan siasatan terperinci berkenana isu tersebut.

Dalam masa yang sama, ramai netizen mempersoalkan kehadiran wanita tersebut di pasar itu dan menganggap dia bagaikan mementingkan diri sendiri tanpa mengira keselamatan orang lain.

Bagi mereka kita seharusnya mematuhi peraturan yang ditetapkan kerana ia sangat penting untuk keselamatan dan kesihatan semua orang termasuk diri sendiri.

Rata-rata daripada mereka berasa berang atas tindakan wanita tersebut dan berharap agar perkara sedemikian tidak lagi berlaku kerana ia membahayakan nyawa orang ramai.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest