Connect with us
Selamat Hari Raya

Viral

“Jaga Jebat Elok-Elok” Sharnaaz Ahmad Redha Dengan Perkahwinan Noor Nabila Dan Engku Emran

“Nabila berhak mencari kebahagiaan sendiri, bagi saya untuk dia mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran adalah suatu yang sangat baik”

Published

on

Segala desas desus mengenai hubungan cinta kakak kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dengan usahawan terkenal, Engku Emran Engku Zainal Abidin terjawab apabila beliau selamat bernikah bersama jejaka pilihannya itu yang juga bekas suami kepada Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella pada pagi 19 Mac 2021 di sebuah Masjid di TTDI, Damansara.

Sehubungan itu, ramai rakan media, pengikut dan netizen turut tertanya-tanya tentang pendapat dan komen dari bekas suami Nabila iaitu Sharnaaz Ahmad.

Ini komen Sharnaaz mengenai pernikahan Nabila dan Engku Emran :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Menurut Sharnaaz, bekas isterinya itu berhak untuk mencari kebahagiaannya sendiri dan beliau menganggap perkara itu adalah suatu perkara yang baik buat Nabila.

“Nabila berhak mencari kebahagiaan sendiri, bagi saya untuk dia mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran adalah suatu yang sangat baik”

“Saya sebagai bekas suami Noor Nabila ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Nabila dan Engku semoga berbahagia hingga ke anak cucu, jaga jebat elok-elok”

Kami di Hot FM mendoakan semoga perkahwinan Nabila dan Engku Emran kekal hingga ke jannah dan semoga Sharnaaz juga berjumpa jodohnya suatu hari nanti.

 

Sumber : Instagram Sharnaaz Ahmad

Baca artikel berkaitan : [TERKINI]: Engku Emran Akhirnya Sah Bergelar Suami Kepada Noor Nabila

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest