Connect with us
Selamat Hari Raya

Viral

“Jangan Hukum Mereka” Isu Polis ‘Baling’ Kon Pada Penunggang Motosikal Raih Perhatian Netizen

Rakaman video tersebut melahirkan pelbagai reaksi daripada kalangan netizen

Published

on

“Dalam setandang pisang tak semuanya yang busuk…dan jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”

Itulah peribahasa yang sering diperkatakan jika kita sering membuat kesimpulan terlalu awal.

Bukan mudah buat buat barisan hadapan negara untuk mengawal akan keselamatan sewarjagat apatah lagi demi mencapai kepatuhan dalam mengekang ancaman wabak Covid-19 yang semakin berleluasa.

Hal yang demikian memerlukan kerjasama daripada orang ramai untuk kekal patuh atas apa jua arahan yang dikeluarkan selari dengan kehendak dalam mencapai keberkesanan dalam pemulihan negara.

Terbaharu, tular di media sosial mengenai video yang memaparkan adegan pelaksana undang-undang yang dikatakan bertindak secara tegas terhadap penunggang motosikal yang telah mengingkar arahan pihak polis dalam sekatan jalan raya namun, ‘disalah tafsir’ kerana kelihatan ‘terlalu keras’ dengan membaling kon yang hampir mengena pada roda tayar sebuah motosikal.

Video yang berdurasi 13 saat itu dimuat naik di laman Twitter milik seorang warganet serta meraih lebih 1300 qoute yang membahaskan mengenai insiden terbabit.

Rata-rata warga Twitter mungkin menyifatkan tindakan sedemikian boleh mendatangkan kecederaan serta kemalangan jika terkena pada kon yang dibaling itu.

Walau bagaimanapun, ada juga yang melihat aksi ‘balingan’ tersebut adalah bukan dengan niat untuk mencederakan penunggang motosikal malah ianya hanya untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan di ditengah-tengah kesibukkan lalu lintas demi melancarkan keperluan sekatan jalan raya.

Untuk kita menindakkan cara pelaksanaan sesuatu kerja itu bukan lah mudah dan boleh diklasifikasikan sebagai subjektif.

“Allahmak…dua dua sama ja tengok, kalau tak jatuh kena kon tu mesti jatuh sebab up taya menonggeng macam tu…dua dua aksi bahaya ya😆 😅 “

Namun, jika kita lihat dari sudut prakarsa yang positif, tindakan sedemikian mungkin ‘reaksi spontan’ dalam menangani pesalah yang cuba untuk melanggar peraturan serta undang-undang ketika sekatan jalan raya diadakan.

Tidak menjadi titik tolak, jika terdapat penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pihak pastinya akan di ambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Menurut sebuah sumber laporan portal, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan berdasarkan prosedur sedia ada, namun rakyat seharusnya mempunyai pertimbangan apabila pihak berkuasa menjalankan sekatan dan pemeriksaan sepanjang tempoh perlaksanaan sekatan jalan raya yang diperlukan.

“Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, perkara yang membabitkan anggota akan diambil tindakan sewajarnya oleh PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)”

Pokok pangkalnya, semua pihak haruslah berkerjasama antara satu sama lain dan usah menyebarkan sebarang ‘kebencian’ yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara serta patuhi segala arahan bagi mengelak daripada timbulnya isu yang mampu menggugatkan kesejahteraan negara kita.

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” ayuhlah bersama-sama bantu barisan hadapan mengekang penularan wabak Covid-19 di negara kita.

Ditulis Oleh : Puteri Haideera Zuraidi

Sumber : Twitter 

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest