Connect with us
Hot FM

Viral

“Jangan Salah Pilih” Jual Telur Dah Siap Pecah, Lelaki Ini Bongkar Fakta Di Sebalik Harga Murah

Salmonella boleh membawa kepada kematian kerana bakteria yang terdapat di dalamnya akan membahayakan kesihatan diri kita

Published

on

Dalam kebanyakan orang sedang berada dalam kesusahan akibat pandemik COVID-19 ini, sudah semestinya kita mahu mengurangkan kos perbelanjaan hidup lebih-lebih lagi dalam pemilihan makanan.

Boleh jadi juga ada golongan yang sanggup mencari barangan basah atau kering yang dijual pada harga murah tetapi terfikirkah anda apa sebenarnya yang ada disebalik ‘harga murah’ itu?

Seorang pengguna Twitter ada kongsikan kebenaran disebalik telur mentah yang sudah dipecahkan dan dijual di dalam plastik dengan harga yang murah.

 

Melalui twit berkenaa, lelaki tersebut memberitahu bahawa telur yang dipecahkan itu bukan lah telur yang elok kerana kebanyakannya merupakan salah satu cara peniaga untuk mengelakkan kerugian.

Mungkin bagi golongan yang tidak berkemampuan, mereka akan terus membeli tanpa berfikir panjang tetapi terdapat kesan buruk yang bakal dihadapi salah satunya ialah keracunan makanan.

Telur yang sudah pecah lebih mudah untuk dijangkiti bakteria salmonella yang akan membahayakan kesihatan diri kita hingga menyebabkan kematian.

Kebanyakan warganet yang membaca twit tersebut meninggalkan komen yang berbeza mengikut sudut pandangan mereka sendiri.

Tetapi apa pun, kita tetap kena utamakan kesihatan diri kerana ia melibatkan makanan yang sudah tercemar.

Jangan sebab nak jimat sampai membahayakan kesihatan diri ya!

Sumber foto: Twitter

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest