Connect with us
Geng Pagi Hot

Onz

#JannanickIsGoingToJailParty Trending Dan Teruk Dikecam Peminat Kpop, Janna Nick Deactivate Semua Akaun Media Sosial

Janna dikecam teruk gara-gara video lama yang tular pada 2018, mempersenda kematian artis K-Pop dan Lisa BLACKPINK…

Published

on

Fenomena K-pop boleh dikatakan sangat dahsyat sehingga tular di seluruh dunia, malah para peminat di Malaysia juga turut tidak ketinggalan meminati muzik dan drama dari Korea.

Umum mengetahui bahawa peminat-peminat Korea di Malaysia merupakan fan base yang sangat kuat dan mereka sangat menghargai selebriti-selebriti kesayangan mereka, jadi apabila timbul isu-isu mengenai selebriti kesukaan mereka, pantas mereka akan muncul untuk menyokong idola masing-masing.

Image result for janna nick

Terbaharu, sekali lagi nama pelakon dan pengacara sensasi, Nurul Jannah binti Muner atau nama komersialnya, Janna Nick trending di laman sosial Twitter gara-gara video lama Janna yang tular pada 2018, dimuat naik kembali mengenai dirinya ‘mempersenda’ kematian artis K-Pop, Jonghyun dari kumpulan SHINee dan seterusnya tentang komen yang dibalasnya kepada pelakon, Nazim Othman baru-baru ini.

Perkara itu sekaligus mencetuskan kemarahan antara peminat industri hiburan Korea yang merasakan perkara itu melampau kerana kematian seseorang tidak patut dijadikan bahan jenaka.

Malah, komen yang dibalas Janna terhadap Nazim itu turut mengundang perhatian peminat BLACKPINK, yang merasakan Janna tidak menghormati Lisa sebagai ahli kumpulan berkenaan.

Image result for janna nick 2020

Tampil menjawab desas-desus yang diperkatakan, Janna memuat naik satu video di laman Instagram miliknya, mengatakan bahawa dia tidak ‘aware‘ dengan kenyataan yang dibuatnya ketika Sharifah Sakinah merakamkan video berkenaan.

“Dan saya Lilahitaala, tak tahu menahu langsung yang benda tu ditujukan untuk si mati. Saya tak kisah orang nak cakap saya play victim, sebab saya memang jujur.”

“Saya tak boleh terima video tahun 2018 diupload semua walaupun Sakinah dah pernah explain saya tidak terlibat.” Ujar Janna

Turut menyumpah dengan kitab suci Al-Quran di dalam video tersebut, Janna memohon maaf kepada semua peminat kumpulan terbabit sebelum deactivate semua laman sosial miliknya termasuk Instagram, Twitter dan Facebook pada 21 Februari 2021.

Sementara itu, sebelum menyahaktif akaun media sosial miliknya, Janna sempat memuat naik ciapan memberitahu bahawa beliau berada di balai polis dan telah menyerahkan maklumat mengenai akaun yang telah mencetuskan provokasi dan fitnah terhadapnya.

Menurut Janna, semua ciapan dan komen-komen berkenaan telah di screenshot dan akan diambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Apa pendapat korang tentang isu ni? Kami harap Janna dan semua yang terlibat dapat selesaikan dengan matang dan baik.

Sumber : Twitter

Baca artikel berkaitan : Muat Naik Foto Mesra Bersama Kekasih Sambut Valentines, Janna Nick Sekali Lagi ‘Ditegur’ Netizen

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest