Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Kanak-Kanak Buat Muka Diva Walaupun Lepas Sabotaj Birthday Adik, Ini Komen Ibu Saudara Mereka

Sabar je la dik dapat kakak macam tu…

Published

on

Siapa ada adik-beradik yang perangai dia menyakitkan hati sampai rasa macam nak tinggalkan dia dekat tepi jalan?

Korang mesti dah tahu tentang satu video pendek menunjukkan pasangan adik-beradik yang bergaduh ‘manja’ sampai ada scene tarik rambut tu kan?

Kejadian itu berlaku di Brazil yang mana ketika itu si adik sedang ingin meniup lilin kek hari lahirnya, tiba-tiba si kakak cuba untuk membuat kecoh dengan meniup lilin itu terlebih dahulu sebelum adiknya.

Difahamkan, Maria Antonia iaitu si kakak dan adiknya, Maria Eduarda kelihatan normal sahaja sebelum kejadian itu dan mereka tidak menunjukkan tanda akan bergaduh.

Bengang punya pasal, si adik pun terus la tarik rambut si kakak dengan penuh rasa geram!

Tapi apa yang buatkan netizen terhibur ialah apabila si kakak dengan selamba buat muka ala-ala seorang diva ya lepas timbulkan kekecohan tu.

Dalam masa yang sama, ada juga golongan yang tidak bersetuju dengan cara si kakak dan menganggap ibubapa mereka tidak menitik beratkan sikap beradab terhadap orang lain.

Namun selepas tularnya video itu, ibu saudara kepada adik-beradik sensasi ini menceritakan hal sebenar disebalik kejadian berkenaan.

Saya tak ada Twitter, jadi kami takut sikit. Video di Instagram telah meletup, di Facebook pun meletup. Ibu mereka tengah alami ‘heart attack‘.

Menurut ibu saudara mereka, iaitu Gabriela Aureluk, pada mulanya si kakak memang sedang sakit hati dekat si adik kerana cemburu dia mendapat banyak perhatian walaupun itu ialah majlis hari lahirnya.

Akui terkejut dengan apa yang berlaku, Gabriela dengan spontan merakam aksi mereka dan sehingga kini video tersebut masih lagi mendapat perhatian ramai.

Tambahnya lagi, mereka memang biasa begitu yang mana ada ketika mereka akan berbaik dan ada ketika akan bercakaran.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest