Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

‘Kantoi’ Harga Basikal Mahal, Netizen Bersatu Hati Backup Suami Ini Daripada Dimarahi Isteri

Goodluck bang…

Published

on

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata confirm kena tidur luar!

Twit daripada Borneo Ghost Online telah mendapat perhatian seorang wanita dikenali sebagai Cik Nils yang tidak menyangka harga basikal yang dimiliki oleh suaminya berjumlah RM45,000.

Akui terkejut dengan harga yang tertera kerana menurut Cik Nils, beliau tidak kisah sekiranya suaminya ingin membelanjakan wang untuk barang yang diminatinya.

“Saya tak pernah ambil tahu pun pasal suami belanja untuk minat dia. Tapi bila semalam ternampak post tu, saya pun terkejut, takkan la beli basikal sampai RM45,000.”

Namun beliau tidak menyangka juga sekiranya basikal milik suaminya semahal itu walaupun bentuknya sama seperti basikal yang dimiliki oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Yang Berhormat Khairy Jamaluddin.

Tambahnya lagi, twit itu hanya sekadar untuk mengusik suaminya sahaja dan turut tidak sangka akan viral begitu sekali.

Mana tidaknya, disebabkan twit berkenaan, ramai kaum lelaki tampil untuk ‘backup‘ suami beliau dengan mengatakan bahawa basikal tersebut hanya la copy ori sahaja dan bersatu hati meninggalkan komen kata-kata semangat buat si suami agar tidak dimarahi oleh si isteri.

Lebih melucukan apabila akaun Twitter Borneo Ghost Online sekali lagi tampil memberitahu kononnya pihak mereka tersalah tulis tentang harga basikal itu yang mana ia hanya berharga RM4,500 sahaja.

Semoga suami Cik Nils baik-baik sahaja dan masih dibenarkan untuk keluar berbasikal di hujung minggu.

Sumber foto: Twitter Cik Nils

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest