Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Viral

Kecewa Masih Belum Dapat Zuriat, Ramai Beri Kata-Kata Semangat Pada Beby Toratora

Sabar banyak-banyak…

Published

on

Memiliki zuriat merupakan impian setiap pasangan suami isteri selepas mendirikan rumah tangga.

Begitu juga kepada personaliti media sosial, Beby Toratora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie yang telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2019 yang lalu.

Sebelum ini, Beby Toratora atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tirah sering menerima kecaman daripada netizen yang tak bertanggungjawab mengutuk saiz badannya yang lebih besar daripada suaminya.

Belum Ada Rezeki Dapat Zuriat, Beby Tora Tora Minta Netizen Kongsi Tip Kehamilan - Hijabista

Walaupun sering dicemuh, namun Tirah tidak pernah berputus asa dalam mencari ikhtiar supaya dirinya dan suami dikurniakan cahaya mata.

Selepas setahun berhenti seketika untuk mencuba pregnancy test, kini Tirah sekali lagi kecewa apabila keputusan masih negatif.

Dalam masa yang sama, Tirah turut pernah menganggap mungkin sebab utama beliau masih belum mengandung mungkin disebabkan saiz badannya.

Namun itu semua berbalik kepada rezeki, jika sudah sampai masanya pasti Allah S.W.T akan kurniakan cahaya mata buat Tirah dan suami.

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram tak putus-putus memberikan sokongan agar beliau sentiasa kuat walaupun belum mempunyai rezeki untuk memiliki zuriat.

Mereka turut memberikan beberapa tips berguna kepada para isteri yang sedang merancang untuk hamil.

Semoga dengan kata-kata semangat itu akan membuatkan Tirah terus kuat dan tak berputus asa!

Sumber foto: Instagram Beby Toratora

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest