Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Kecoh Gaduh Dekat Tempat Pandu Lalu, Kata OKU Tapi…

Sama je kan kalau bayar guna pin atau wave?

Published

on

Kecoh di media sosial apabila satu video pendek pergaduhan melibatkan seorang pelanggan bersama dengan pekerja sebuah restoran makanan segera di Rawang tular sejak 27 September yang lalu.

Kejadian itu dikatakan berlaku pad jam 7:30 malam yang mana punca pergaduhan hanya disebabkan perselisihan faham berkaitan kaedah pembayaran.

Sebelum berlakunya pergaduhan itu, pelanggan tersebut telah memesan makanan melalui kaunter pandu lalu sebelum membuat pembayaran menggunakan kad debit.

Pelanggan tersebut berasa tidak puas hati terhadap pekerja itu kerana melakukan pembayaran dengan menggunakan perkhidmatan ‘pay wave’, iaitu pembayaran tanpa nombor pin.

Difahamkan juga pelanggan tersebut mula naik berang apabila pekerja itu sudah membuat transaksi dan duitnya telah ditolak tanpa keizinannya.

   

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe kepada Berita Harian pada 30 September lalu, pemandu itu mendakwa pekerja restoran pandu lalu itu telah bersikap kasar sebelum meninggikan suara serta membuatnya menunggu lama.

Susulan berlakunya pertengkaran di antara mereka, tiba-tiba datang seorang lelaki lain yang kemudian menumbuk pemandu tersebut di dahi kiri serta pergelangan tangannya ditarik dengan kuat.

Oleh itu, pemandu tersebut telah membuat laporan polis atas sebab dia telah dipukul oleh pekerja restoran tersebut.

Pada masa yang sama, pihak polis turut menerima laporan daripada pekerja tersebut melaporkan bahawa dia turut dipukul oleh pemandu tersebut dari tingkap pandu lalu sehingga menyebabkan matanya lebam.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana telah menyebabkan kecederaan.

Menerusi komen yang ditinggalkan oleh beberapa saksi kejadian di Facebook memberitahu bahawa pemandu tersebut telah mengakui bahawa dia merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya tetapi apabila diminta menunjukkan bukti kad, alasannya ialah dia masih belum sempat membuat kad tersebut kerana penyakit itu baru sahaja disedarinya.

Disebabkan isu ini sudah tular, pihak pengurusan restoran makanan segera tersebut juga telah mengesahkan kejadian tersebut yang berlaku di cawangan Rawang dan turut membuat laporan polis bagi mendapatkan nasihat undang-undang kerana telah mendatangkan kecederaan kepada salah seorang pekerja mereka.

Menerusi kenyataan terkini, siasatan lanjut didapati pelanggan tersebut disabitkan bersalah dan sudah diberkas oleh pihak polis.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest