Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

“Kehidupan Aku Tak Macam Orang Lain” Dilahirkan Pekak Tapi Gadis Ini Tetap Berjiwa Kental!

Cantik manis orangnya ni…

Published

on

Sebagai makhluk yang hidup di muka bumi ini, pastinya kita akan berjumpa dengan bermacam jenis manusia.

Ya, aku ni pekak dari lahir tapi aku bersyukur apa yang ada…

Perkongsian sorang gadis manis dikenali sebagai Anissa Jailani tentang perjalanan hidupnya sebagai seorang insan istimewa mendapat perhatian ramai.

Anis ada memuat naik satu twit di akaun Twitter miliknya berkenaan dirinya yang dilahirkan pekak dan hanya berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.

Menurutnya, dia akan cuba untuk menulis di nota sekiranya berbual dengan individu normal dan bertutur dalam bahasa isyarat apabila berjumpa dengan rakan-rakan yang senasib dengannya.

Ketika ditemu bual, Anissa atau lebih mesra disapa Cik Nis ini memberitahu bahawa dia tidak hanya berkawan dengan golongan istimewa sahaja kerana dia masih lagi berkawan dengan mereka yang normal.

Walaupun mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi, dia tetap tidak berputus asa untuk berbual.

Dia mula mempelajari bahasa isyarat di Sekolah Kebangsaan Khadijah, Kuala Kangsar disebabkan di sana ada menyediakan Program Pendidikan Khas untuk pelajar istimewa.

Ya, saya pekak tapi tak bisu juga sebab saya boleh bercakap cuma tak reti nak sebut sahaja. Janji ada suara yang keluar.

Dalam masa yang sama, dia juga berasa gembira apabila ada orang normal yang sudi untuk belajar bahasa isyarat supaya mereka boleh bertutur dengan golongan istimewa ini.

Ia bagaikan satu pahala buat mereka kerana dapat mengajar sesuatu yang baharu.

Rata-rata netizen turut kongsikan pengalaman mereka belajar bahasa isyarat dan ada beberapa daripada mereka turut senasib dengan Cik Nis sendiri.

Bagi mereka, bahasa isyarat ini merupakan bahasa yang indah untuk dipelajari dan mudah untuk diingati.

So lepas ni kalau ada sesiapa nak mempelajari bahasa isyarat boleh la refer dekat Cik Nis sebab dia pun memang berbesar hati untuk mengajar sesiapa yang berminat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest