Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Kejar Bot Polis Marin Demi Bantuan Penduduk, Ramai Terharu Usaha Pakcik Ini

Sayu hati ni tengok berita semalam…

Published

on

Di saat seluruh dunia sedang dilanda pandemik Covid-19, pastinya banyak bantuan yang diperlukan oleh orang awam bagi meneruskan kehidupan harian.

Pada 24 Oktober,  Buletin Utama telah menyiarkan detik sedih apabila bot ronda Polis Marin RH47 dikejar oleh seorang penduduk masyarakat Bajau Laut Pala’u di Semporna, Sabah di mana mereka merupakan penduduk Kluster Bangau Bangau.

Penduduk berkenaan dikenali sebagai Pakcik Ladja mendayung sampannya menghampiri bot Polis Marin untuk memberitahu bahawa ada beberapa rumah di kawasannya tidak mendapat bantuan makanan.

“Itu Kampung Halo hujung laut. Bahagian depan sudah dapat bantuan, tapi kami tidak ada. Kami tiada makanan Tuan, sebab tu kami terpaksa turun ke laut.”

Difahamkan sebanyak 27 buah rumah di kawasan berkenaan tidak mendapat bantuan makanan dan disebabkan itu mereka terpaksa korbankan diri untuk turun ke laut bagi mendapatkan sumber makanan demi kelangsungan hidup.

Pakcik Ladja merayu semoga ada bantuan dapat diberikan kepada penduduk di Kampung Halo kerana mereka tiada kemudahan jambatan untuk ke jambatan yang dihubungkan dengan tanah besar Semporna.

Sayu hati apabila melihat usaha pakcik Ladja yang mendayung sampan uzurnya demi memohon bantuan walaupun dalam masa yang sama sampan yang dinaikinya itu sudah dimasuki air laut.

Tidak lama kemudian berita baik muncul apabila bantuan yang diminta olehnya sudah sampai ke penduduk setempat.

“Wahai orang-orang kampung… Datang kami sini, bantuan makanan sudah sampai.”

Rata-rata komen di Twitter berterima kasih atas bantuan pantas yang diberikan oleh pihak polis dan NGO yang bertanggungjawab menyampaikan bantuan.

Mereka turut berbangga dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh pakcik Ladja atas usahanya untuk mendapatkan bantuan bagi penduduk kampung.

Seluruh penduduk mengucapkan jutaan terima kasih diatas bantuan yang diterima serta bersyukur atas pemberian berkenaan.

Lebih menyayat hati apabila pakcik Ladja sempat menitipkan doa kepada pihak petugas barisan hadapan yang bertugas sepanjang menangani pandemik Covid-19.

“Semoga semua panjang umur, diberikan kesihatan yang panjang. Terima kasih banyak-banyak.”

Diharapkan semua penduduk di sana dapat terus bertahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di sana.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest