Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

‘Kejut Solat Zaman Moden Kena Selit Duniawi’- Video Kejut Subuh Buat Netizen Terhibur

Ada yang rindu kenangan dekat asrama tak?

Published

on

Siapa geng asrama mesti ada simpan banyak kenangan manis bersama dengan kawan-kawan kan.

Paling seronok kalau nak kejut kawan-kawan bangun pagi untuk solat Subuh, mesti banyak kerenah nak kena lalui sebelum kawan korang tu bangun.

Satu video pendek berdurasi 42 saat telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Naufal menunjukkan gelagat dia dan rakan-rakan mengejut rakannya yang lain untuk bangun solat Subuh.

Dua orang pemuda kelihatan sangat agresif untuk mengejut rakannya bangun sambil menari-nari di sebelah katil.

Bukan main bersemangat mereka menyanyi sambil menari semata-mata nak kawannya tu bangun solat Subuh.

Walaupun pada mulanya ‘si mangsa’ berasa liat untuk bangun, tapi bila sampai sahaja part kemuncak lagu berkenaan, terus bangun menari bersama-sama yang lain.

Menurut twit berkenaan, Naufal memberitahu bahawa ketika itu dia dan rakan-rakan yang lain sudah selesai menunaikan solat Subuh.

Pagi itu dia dan rakannya sudah bangun awal dan hanya ingin kejutkan rakan-rakan lain yang masih berada di ‘kayangan’, jadi disebabkan itu mereka masih segar untuk beraksi menari sedemikian.

Video berkenaan telah mendapat respons ramai netizen yang terhibur dengan aksi mereka dan ada juga yang sempat kongsikan pengalaman mereka ketika berada di asrama.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest