Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Kes Kelisa Pandu Lawan Arus, Mangsa Minta Netizen Tidak Menghukum Pemandu Warga Emas

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah…

Published

on

Baru-baru ini tular satu video di laman sosial Twitter mengenai sebuah kereta Perodua Kelisa memandu melawan arus di Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) menghala ke Pusat Bandar Shah Alam disebabkan ketiadaan kad ‘Touch n Go’.

Apa yang lebih mengejutkan pemandu merupakan seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun dikatakan kurang sihat dan baru sahaja menjalani pembedahan.

Kejadian itu telah menyebabkan dua buah kenderaan terbabit kemalangan, iaitu sebuah kereta jenis Honda terbabas manakala sebuah lagi kereta Perodua Myvi bertembung dengan kereta Perodua Kelisa dipandu lelaki berusia 73 tahun itu.

Mangsa pemandu Myvi dan juga adiknya tampil memberitahu bahawa pemandu warga emas itu mempunyai masalah kesihatan dan meminta orang ramai untuk tidak menghukum beliau kerana apa yang berlaku adalah tidak disengajakan.

Turut berkata lanjut, mangsa sekeluarga telah memaafkan pemandu warga emas berkenaan dan redha dengan kejadian itu.

Sumber dari twitter @redzuanNewsMPB

Dalam pada itu, anak kepada warga emas itu menyatakan selepas kejadian, bapanya dibawa balik ke rumah oleh orang awam, lalu dia membawa bapanya ke IPD Shah Alam untuk membuat laporan polis.

Menurut laporan Harian Metro, ketiga-tiga pihak sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan pemandu warga emas itu ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu.

Kepada semua pembaca jangan cepat menghukum, kes telah pun berada di dalam siasatan polis. Tidak kira siapa betul atau salah, setiap yang terjadi pasti ada hikmah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest