Connect with us
Hot Selebriti

Viral

Kesal Produk Kosmetik Ditiru, Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Serbu Premis Penciplak Bersama KPDNHEP

Steady lah Wawa & Aeril!

Published

on

Trend menciplak barangan perniagaan orang lain seakan sudah menjadi norma kebiasaan di kalangan peniaga.

Terbaru, pasangan pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal dan suaminya, Aeril Zafrel pula terkena ‘trend ciplak’ ini di mana produk mereka ditiru oleh sebuah premis perniagaan kosmetik yang beroperasi di Kangar.

Tidak berdiam diri, Wawa dan Aeril dipercayai menerjah sebuah premis perniagaan kosmetik di Taman Putra Utama bersama sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis.

Seperti yang dilaporkan oleh Buletin TV3, premis perniagaan kosmetik berkenaan didakwa menjual dan memanipulasi persepsi pengguna kerana telah menggunakan logo pemilik asal iaitu Wawa dan Aeril.

Hasil siasatan mendapati premis terbabit telah beroperasi lebih dari tiga tahun dan turut menjalankan perniagaan menggunakan sistem ejen selain dijual di dalam talian.

Setiap ejen mereka dipercayai perlu menjual sebanyak 30 unit set produk satu hari, menjadikan jumlah lebih kurang 600 set produk yang harus terjual setiap hari.

Malah, suspek juga dipercayai adalah pengedar terbesar barangan kosmetik tiruan itu diseluruh Malaysia dan dipercayai memiliki sebuah gudang di Kedah.

Pihak KPDNHEP Perlis, telah merampas lebih 5,542 unit peralatan kosmetik dianggarkan bernilai RM210,596 dan turut menahan 16 individu berusia antara 20 hingga 31 tahun termasuk seorang lelaki yang juga pemilik perniagaan berkenaan untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mendakwa, mereka kecewa kerana syarikat terbabit menggunakan cap dagangan tidak berdaftar yang seakan-akan menyamai cap dagangan berdaftar miliknya

“Justeru sekiranya pihak terbabit berterusan menggunakan cap dagangan ini, ia adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab,” dakwanya.

Kes kini disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest