Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

KKM Nafi Penggunaan Ubat Kumur Boleh Membunuh Virus COVID-19, Namun Ia Diguna Kerana…

Kena ambil tahu semua

Published

on

Akhir-akhir ini, penggunaan ubat kumur dikatakan mampu membunuh virus COVID-19.

Perkara berkenaan menimbulkan persoalan adakah benar kebolehannya sehebat itu.

Mengambil maklum isu tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Instagram rasmi telah membuat penafian mengenainya pada 13 Januari 2021.

Penjelasan tentang perkara itu telah dilakukan oleh seorang doktor pergigian, Dr Iqbal Rosali melalui penerangannya daripada sudut pergigian:-

“Di klinik gigi, kami dah practice benda ini. Sebelum buat rawatan yang menghasilkan aerosol (tampalan, scaling), kita akan minta pesakit berkumur dulu dengan ubat kumur. Kalau anda buat rawatan gigi, tak ada dapat benda ni, minta dengan doktor gigi anda.”

Menurut beliau sebelum membuat rawatan gigi, pesakit perlu menggunakan ubat kumur.

Ia bertujuan untuk ‘mencegah’ COVID-19 namun bukan untuk ‘merawat’.

Penggunaannya pula hanya boleh membunuh virus atau bakteria di permukaan sahaja.

Oleh itu, ia tidak dapat membantu membunuh kuman dalam badan.

“Benda ini ada dalam garis panduan yang dikeluarkan bahagian pergigian KKM. Benda ini adalah sebagai langkah untuk mencegah penyebaran virus COVID-19 bila buat rawatan yang menghasilkan aerosol.

Ingat, benda ini sebagai langkah PENCEGAHAN. Bukan rawatan untuk COVID-19. Sama macam kita gunakan hand sanitizer. Sama macam kita basuh tangan dengan sabun.

Ubat kumur ada povidine iodine, ada chlorohexidine.
Hand sanitizer ada alkohol.
Bahan-bahan ini sememangnya digunakan untuk membunuh virus dan bakteria di permukaan.

Persoalannya sekarang, virus COVID-19 ada dalam tubuh badan orang yang dijangkiti. Macam mana dengan berkumur sahaja boleh hapuskan virus ni. Berapa kali kena berkumur baru boleh bebas dari virus ni.”

Bagaimanapun, Dr Iqbal mengakui terdapat kajian berkenaan ubat kumur dan kesannya dengan COVID-19, namun belum ada bukti ia dapat merawat sepenuhnya virus tersebut.

Beliau menambah, amalan berkumur dengan ubat kumur ini adalah digalakkan, namun jangan pula menganggap ia sebagai keperluan untuk merawat COVID-19.

“Memang ada kajian berkaitan penggunaan bahan ini dan kaitannya dengan virus COVID-19, tapi hingga hari ini masih belum ada apa-apa bukti penggunaan ubat kumur merawat sepenuhnya virus ini.

Kalau nak berkumur dengan ubat kumur ini, silakan. Dari sudut pergigian, memang kita sangat galakkan. Tapi bukan buat tuntutan untuk merawat COVID-19.”

Semoga penjelasan daripada pihak KKM ini membuka mata banyak pihak tentang salah faham yang tersebar.

 

Sumber: Instagram Kementerian Kesihatan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest