Connect with us
Selamat Hari Raya

Viral

Kongsi Kejayaan Beri Wang Ringgit Pada Ibu, Usahawan Ini Kecewa Dengan Komen Negatif Netizen

Niatnya hanya untuk memberi semangat pada orang lain tetapi ada pula yang salah faham sampai ingat beliau nak menunjuk-nunjuk

Published

on

Setiap kejayaan pasti ada penguat disebaliknya dan satu masa nanti sudah semestinya kita akan membalas semula jasa mereka apabila sudah berjaya nanti.

Seorang pengasas produk rambut yang dikenali sebagai Nabilah Nazib telah menghadiahkan wang tunai sebanyak RM25,000 secara tunai sempena hari lahir ibunya yang tercinta.

@sugardollbynnWe cant choose our parents, but sure we can be a good daughter. Cus the choice is ours. Appreciation comes first! Good luck mak! ##fyp ##mommydaughter♬ Hanya Rindu – Andmesh

Moment penuh bermakna itu telah dikongsikan oleh Nabilah sendiri di aplikasi TikTok miliknya dengan harapan ia dapat memberi semangat kepada anak muda untuk terus berjaya dalam hidup.

Namun komen yang diterima olehnya menunjukkan sebaliknya pula apabila ramai netizen di TikTok memerli cara pakaian beliau yang tidak bertudung dan mempertikaikan niatnya berbuat baik.

Tidak dinafikan saling menasihati dan mengingatkan antara satu sama lain merupakan amalan mulia tetapi tidak perlu lah sampai ada yang sanggup memerli.

Disebabkan itu, Nabilah telah memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya bagi meluahkan isi hatinya berkenaan perkara tersebut.

“How could you have the heart to talk and judge, oh dia tak pakai tudung dia ahli neraka. Jadi dia tak layak berbuat baik pada ibu bapa dia. Oh dia menunjuk, oh dia riak oh dia berlagak. All this while saya kongsi juga susah senang jatuh naik saya. Tapi tak pernah la pulak viral. Walhal jumlah nye lebih daripada apa yg saya bagi mak.”

Bagi Nabilah, beliau jadikan itu semua sebagai pembakar semangat untuknya dan turut berharap agar ada yang nampak betapa susahnya untuk dirinya berada pada tahap yang sekarang.

Haihh, kenapa lah sampai ada yang sanggup nak kaitakan dengan perkara sebegitu, kan lebih bagus kalau kita jadikan itu semua sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya?

Tak salah kalau nak menegur ke arah kebaikan tetapi jangan lah sampai mengguris hati dan perasaan orang lain pula ya.

Sumber foto dan video: Instagram dan Tiktok Nabilah Nazib

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest