Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Lagu Selamat Pengantin Baru Diubah Lirik Dengan Kisah PKPB Kini Tular Di Media Sosial

Kreatif dan kena dengan melodi

Published

on

Sekarang ini semua negeri di Malaysia sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kecuali tiga negeri iaitu Perlis, Pahang dan Kelantan.

Orang ramai pula perlu duduk di rumah dan dinasihatkan tidak keluar jika tiada urusan yang penting.

Di sebalik kesuraman tempoh ini, pasti ada perkara-perkara yang menarik dan lucu untuk dikongsi bersama rakyat Malaysia.

Pada 9 November 2020, pemilik akaun Instagram @azmannaim44mantra telah berkongsi satu video lagu nyanyiannya yang diubah lirik dari lagu asal Selamat Pengantin Baru.

Melalui caption:-

“MENYAMBUT PKPB!
Mintak KWSP, Dapat PKPB. Yeay.

Sempena PKPB ni, Mari nyanyi sama-sama sambil menghiburkan hati yang terkucil.”

Video penuh boleh ditonton di YouTube.

Lagu yang diubah itu kedengaran cukup ‘kena’ dengan situasi PKPB sekarang dengan lirik yang menerangkan situasi yang berlaku.

Video lagu tersebut telah tular di media sosial dan ramai yang terhibur dengannya.

Kreatif betul rakyat Malaysia, terima kasih kerana menghiburkan!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest