Connect with us
Hot Selebriti

Viral

Lain Macam Punya Prank, Youtuber Ini Hancurkan Kereta Pekerja Dan Gantikan Yang Baru

Bertuah punya prank!

Published

on

Sebagai seorang Youtuber atau content creator, pastinya mereka memerlukan banyak idea luar biasa untuk dijadikan content video dan kebiasaannya idea yang unik akan mendapat lebih perhatian daripada penonton.

Maka dengan itu, seorang Youtuber terkenal iaitu Isa Isarb kini melakukan satu idea yang luar biasa sehingga mengundang kontroversi dalam masa yang sama tetap mendapat pujian daripada penonton.

Pada 22 Oktober lalu, Isa telah memuat naik satu video di akaun Youtube miliknya yang mana menunjukkan dia telah menghancurkan kereta salah seorang pekerjanya.

Menurutnya kereta itu sudah lama dan sering rosak sehingga menimbulkan kesusahan kepada pekerjanya itu.

“Aku nak bakar kereta pekerja aku dan ganti dia kereta baru.”

Pada asalnya niat mereka ialah ingin membakar kereta itu namun disebabkan atas nasihat pihak berkuasa, plan itu terpaksa ditukar.

Dalam masa yang sama, apabila plan asal telah ditukar, mereka beralih kepada menghancurkan kereta tersebut sehingga menyebabkan tuan empunya kereta tercengang dan tidak mampu untuk berkata apa-apa.

Sedang mereka asyik menghancurkan kereta itu, datang pula sebuah tow truck bersama dengan sebuah kereta baharu bersamanya.

“Terharu gila, aku baru kerja dua tahun. dah dapat kereta, diorang belikan kereta untuk aku. Boleh la lepas ni bawak diorang jalan-jalan.”

Walaupun tindakan yang dilakukan oleh Isa itu murni, tetapi ada segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan perbuatannya itu.

Bagi mereka, perbuatan itu agak tidak logik kerana kemungkinan kereta lama itu mempunyai kenangan yang manis bersama dengan tuannya dan tidak sepatutnya dihancurkan begitu sahaja.

Namun kebanyakannya memuji sikap baik Isa dan turut menjadiakan dia sebagai contoh untuk berjaya supaya dapat membantu orang lain yang sedang berada dalam kesusahan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest