Connect with us
Geng Pagi Hot

Viral

Lain Yang Order Lain Yang Dapat, Raf Yaakob Dedah Gaduh Dengan Mamak Kerana ‘Susu Basi’

Korang bayangkan kalau korang kat situasi yang sama seperti Raf, dah la nak cepat, lepas tu dapat pula order salah….

Published

on

Korang pernah tak tergesa-gesa nak pergi ke suatu tempat, ataupun rushing nak siapkan banyak kerja yang bertimbun, tiba-tiba ada je perkara yang tak kena ataupun menghalang urusan korang?

Haaa perkara itu lah yang menjadi luahan hati pelakon dan juga suami kepada Mawar Rashid, iaitu Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob.

Perkara itu dikongsikan oleh beliau di laman Instagram miliknya ;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob)

“Korang tahu tak perasaan yang korang harini ada benda penting nak settlekan, tapi spoiled sebab tadi Raf bergaduh dekat mamak! Ye Raf gaduh dengan mamak tu, tahu kenapa? Raf order susu dengan nasi goreng. Simple.”

Menurut perkongsian Raf, al-kisahnya dia pergi ke mamak untuk membeli makanan iaitu nasi goreng dan susu, akan tetapi pelayan mamak berkenaan tersalah dengar dan memberinya susu basi.

“Korang tahu tak yang sampai tu susu basi?? Aku pergi tanya ane tu kenapa bagi aku susu basi, dia kata aku yang order susu basi. Masa bila pulak aku order susu basi?”

Korang bayangkan kalau korang kat situasi yang sama seperti Raf, dah la nak cepat, lepas tu dapat pula order salah. Aduhai.

Siasat punya siasat, rupa-rupanya Raf yang salah order!

“Aku suruh dia tunjuk gambar susu yang aku order, rupanya aku salah order. Aku pergi tunjuk kat gambar susu lassi. Memang lah dia kasi aku susu lassi! Adoi”

Aduhai lawak betul lah Raf ni! Susu dengan nasi pun bunyinya dah tak jauh beza, nasib baik mamak tu cool je.

Meninjau di ruangan komen, ramai pula yang ketawakan Raf kerana keletahnya itu!

Haa tu lah, next time korang check lah betul-betul order tu, takut yang sampai salah, tak pasal-pasal korang yang kena bayar lebih.

 

Sumber : Instagram Raf Yaakob

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest