Connect with us
Hot Selebriti

Viral

Lama Menyepi, Kini Bobo Kembali Buat Video Remake Parodi Lagu Sayang

Lain macam comeback kali ni ya…

Published

on

Ada sesiapa masih ingat dengan jejaka bernama Bobo yang dulu pernah dikenali ramai disebabkan video dia menari lagu Sayang nyanyian Shae?

Setelah lama ‘menghilangkan diri’, Bobo kini kembali beraksi di hadapan lensa kamera iaitu dengan membuat comeback bersama dengan video baharunya.

Shae-Sayang -Cover By Bobo- - YouTube

Dahulu Bobo menjadi sebutan ramai kerana dia ada membuat video parodi lagu berkenaan sehingga menerima banyak kecaman daripada warganet.

Nama Bobo dikenali pada tahun 2013 sehingga menyebabkan ramai yang bagaikan ‘ketagih’ dengan lagu tersebut dan ada juga yang turut membuat parodi seperti yang dilakukan oleh Bobo itu.

GAMBAR] Wajah Terkini Bobo Yang Pernah Viral Dengan Lagu Sayang Apa Khabar  Dengan Mu! - Media Hiburan

Oleh disebabkan itu Bobo telah dilamar oleh syarikat Metrowealth Pictures untuk menjadi artis di bawah naungan mereka.

@theonlyonebobo

#duet with @elsaifuddin request anda diluluskan 😂😂..alhamdullilah leher masih virgin hahahaha #shouldbeme #fypシ #fyp #foryou #foryoupage

♬ original sound – Elsaifuddin – Elsaifuddin

Atas permintaan ramai, Bobo kini muncul semula di laman TikTok bersama dengan video remake lagu berkenaan.

Request anda diluluskan.

Video tersebut telah ditonton sebanyak hampir 130,000 selepas ia dimuat naik pada 5 November yang lalu.

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif apabila mereka melihat video tersebut dan ada juga yang mahu dia terus aktif membuat video di TikTok.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest