Connect with us
Hot Selebriti

Viral

Lancar Baju Penuh Kata Makian Sebagai Motivasi, Andika Putera Sekali Lagi Dihentam Netizen

Lain macam…

Published

on

Seorang usahawan kontroversi, Andika Putera baru-baru ini memuat naik satu video di laman sosial TikTok @andikaputeraa mengenai koleksi baju terbaharunya, iaitu hoodies dan face mask.

Namun apa yang mengundang perhatian warganet adalah design yang dipaparkan bersama hoodies itu mengandungi perkataan-perkataan makian yang dianggap kurang sopan.

@andikaputeraa

Rm 199 sekali dengan mask! Postage rm 10! Tekan link kat bio! Tekan nk sweater! Bio tiktok Dika

♬ original sound – andikaputeraa – andikaputeraa

Andika di dalam video itu menyifatkan hoodies yang dilancarkan itu sebagai satu simbol kekuatan, meminta pemakai untuk mengendahkan kata-kata orang yang suka mengecam dan terus semangat mengejar impian mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BUSINESS | MENTOR | MOTIVATION (@andikaputeraa)

Namun niat baiknya untuk memberi kelainan dengan melancarkan hoodies berunsurkan kata-kata makian berkenaan mengundang kecaman warganet dan mereka turut mempersoalkan kredibiliti dirinya sebagai motivator.

Dalam pada itu, Andika dilihat memberi respon positif dengan membalas komen-komen netizen yang mengecam hanya dengan kapsyen ringkas.

“Okay <3”

Sementara itu, melihat di IG Story Andika, dia memberitahu bahawa hoodies berkenaan sudah mula ditempah oleh ramai orang.

Sebelum ini, usahawan kontroversi ini pernah tular kerana mempromosikan produk dewasa dengan menggunakan dialog lucah sehingga mencetuskan kemarahan netizen yang mengganggap mereka tidak sensitif.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest