Connect with us
Hot Selebriti

Viral

“Macam Agensi Cari Jodoh” Akaun Twitter Malaysia Airport Promote Abam Polis Sado!

Takut ya tengok urat tu…

Published

on

Biasa kita tengok lelaki bertubuh sasa ni mesti akan bekerja sebagai trainer di gimnasium sahaja kan?

Tapi jangan terkejut sekiranya korang ternampak seorang pegawai keselamatan aviasi (aviation security) bertubuh sasa ketika berkunjung ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Pada 31 Oktober yang lalu, akaun Twitter Malaysia Airport telah kongsikan sekeping gambar pegawai tersebut sehingga menarik perhatian ramai netizen.

Pegawai yang dimaksudkan itu dikenali sebagai Luqman Nurhaqim dan dia telah berkhidmat selama tujuh tahun di sana.

Perkongsian berkenaan telah membuatkan netizen tidak senang duduk sehingga ada yang bertanyakan tentang media sosial miliknya.

Hasil siasatan di Instagram miliknya, kini dia sudah memiliki seramai 15,000 followers.

Amboi, ni impak kena promote dekat Twitter ke macam mana?

Rata-rata mereka mengusik admin Malaysia Airport dan meminta supaya ada lagi foto pegawai lain yang akan dikongsikan selepas ini.

Bukan main ya rakyat Malaysia ni, risau je nanti lepas ni KLIA penuh dengan para gadis yang sedang ingin mencari jodoh!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest