Connect with us
Hot Selebriti

Viral

“Macam Kena Rasuk Roh” Netizen Jadi Juri Komen Tentang Persembahan Nuha Bahrin

Apa komen korang?

Published

on

Kecoh semalam di laman Twitter apabila ada beberapa pengguna kongsikan video pendek rancangan Vokal Mania terbitan TV3.

Rata-rata netizen berasa tidak berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan oleh salah seorang peserta iaitu Nuha Bahrin sehingga ada yang beranggapan dia tidak layak memenangi pusingan tersebut pada 1 November yang lalu.

Bagi mereka, Nuha seolah-olah telah merosakkan lagu asal berjudul Kekasih Awal Dan Akhir nyanyian Datuk Jamal Abdillah.

Dalam masa yang sama, persembahan Nuha bersama dengan Tomok di dalam pusingan battle juga mendapat kecaman yang hebat daripada netizen.

Sehingga ada yang meninggalkan komen menyebut Nuha terlalu menghayati lagu sehingga rentak asli lagu berkenaan telah hilang entah ke mana.

Ada juga yang beranggapan Nuha perlu berlatih dengan lebih kerap sebelum memasuki mana-mana pertandingan nyanyian.

Sebelum ini nama Nuha pernah disebut ramai disebabkan video nyanyian pendeknya di Instagram mendapat perhatian daripada penyanyi antarabangsa, Christina Aguilera.

Melalui satu temubual Nuha bersama dengan sebuah portal hiburan tempatan memberitahu bahawa dia akan sentiasa mengambil segala kritikan itu secara positif supaya dapat belajar dengan lebih banyak.

Saya ambil sebagai nasihat dan pembakar semangat untuk buat yang terbaik selepas ini. Saya akan keep on practicing dan perbaiki kelemahan.

Dalam ada yang mengkritik, mujur ada juga yang memuji tindakan berani Nuha untuk memasuki pertandingan berkenaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest