Connect with us
Selamat Hari Raya

Viral

Majlis Buka Puasa Tak Ikut SOP Dihadiri Para Selebriti, Netizen Minta Buat Laporan Polis

Majlis buka puasa itu dihadiri oleh ramai selebriti dan ada ketika mereka dilihat tidak memakai pelitup muka dan berkumpul tanpa menjaga jarak

Published

on

Segala garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan oleh pihak berkuasa, tidak kira untuk apa jua aktiviti sekali pun tetapi masih ada antara kita yang mengabaikannya sehingga membuatkan kes harian semakin meningkat.

Terbaharu, pada 29 April lalu telah berlangsung satu malis berbuka puasa anjuran sebuah organisasi yang telah dihadiri oleh beberapa selebriti tempatan antaranya ialah Mawar Rashid, Iman Troye, Nurin Afiqah, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan ramai lagi.

Apa yang membuatkan warganet berang ialah apabila majlis tersebut dilihat seperti tidak mematuhi SOP kerana ada antara mereka yang tidak menjaga jarak dan tidak memakai pelitup muka.

Turut kelihatan mereka berkumpul dalam jumlah yang ramai sewaktu ingin merakamkan satu video bagi tujuan promosi.

Disebabkan itu, ada sesetengah warganet memohon agar orang ramai membuat laporan polis jika terlihat perkara seperti itu berleluasa di media sosial.

Dalam masa yang sama, mereka masih lagi mengecam tindakan sesetengah selebriti yang dilihat mengabaikan SOP.

Bagi mereka, jika ada laporan polis yang diterima sudah semestinya sesiapa yang terlibat akan dipanggil untuk diambil keterangan atau dikenakan tindakan undang-undang.

Namun, tidak lah sepanjang masa mereka tidak memakai pelitup muka cuma ada ketika mereka kelihatan tidak menjaga jarak dan berlaga pipi serta memeluk antara satu sama lain.

Kerisauan warganet ketika ini disebabkan kes yang semakin meningkat dan jika dilihat pada 29 April lalu, kes harian mencatatkan jumlah sebanyak 3,332 kes baharu.

Diharapkan dalam masa terdekat ini semua masyarakat dapat memberi kerjasama disebabkan tidak lama lagi pada 13 Mei, kita akan menyambut Aidilfitri.

Jangan lupa, kita masih lagi belum menentang dalam melawan virus COVID-19, #KitaJagaKita

Sumber foto: Twitter dan Instagram Nurin Afiqah

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest