Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

‘Majlis Konvokesyen Olok-Olok’ Dengan Abang Posmen, Graduan Ini Mencuit Hati Warganet!

Terbaik….

Published

on

Umum tahu Universiti Teknologi Mara (UiTM) merupakan salah satu universiti awam yang selalu mengadakan  majlis konvokesyen setiap tahun untuk para pelajarnya.

Majlis berkenaan selalunya diadakan bagi meraikan semua pelajar yang sudah tamat sesi pembelajaran mereka setelah berhempas pulas mendapatkan keputusan yang terbaik.

Tarikh Konvokesyen Universiti Malaysia 2019 - pendidikan4all

Gambar sekadar hiasan

Sudah pasti semua graduan ingin merasai sendiri pengalaman bermakna ini untuk naik ke pentas menerima skrol diploma atau ijazah mereka sambil diperhati oleh kedua ibu-bapa tersayang.

Begitu juga dengan seorang pelajar graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari, Tengku Muaz Bahizalsah dari UITM Permatang Pauh di Pulau Pinang yang sepatutnya mengambil ijazah pada March 2020 tetapi tidak dijalankan kerana pelaksanaan PKP di seluruh Malaysia.

Baru-baru ini Bahizal tular di laman sosial Facebook kerana mengadakan ‘majlis konvokesyen olok-olok’ beliau sendiri di rumah sambil menerima ijazah daripada abang posmen.

“Hari ni dalam sejarah. Selepas dua tahun menghabiskan pelajaran. Akhirnya hari ni berjaya konvo dengan abg post laju di adat istiadat konvokasyen khas bertempat di Bintong..” tulis Bahizal

Bahizal ketika dihubungi Hot FM menceritakan sedikit kisah tentang kejadian itu, di mana untuk mendapatkan skrol ijazah, beliau diberi pilihan sama ada mahu menerima ijazah melalui pos atau temujanji dengan pihak pengurusan lalu beliau memilih skrol itu dihantar melalui pos.

Niatnya bergambar bersama abang posmen sebenarnya untuk dijadikan kenangan dan tidak sangka abang posmen itu sporting melayan permintaannya.

” Pagi tadi waktu tgh sarapan, poslaju dtg.. saya ambik gambar dgn abg post laju utk kenangan. Mak saya yang jadi photographer. Nasib abg post laju tu sporting.. walaupon busy masih layan permintaan saya” – kata Bahizal kepada Hot FM

Hantaran yang dimuat naik Bahizal itu nampaknya menarik perhatian ramai warganet yang turut mengucapkan tahniah kepada beliau dan menganggap tindakannya itu genius!

Malah ada juga yang turut memuji abang posmen yang sporting bergambar sekali.

Apa-pun kami di Hot FM nak ucapkan tahniah juga kepada Bahizal dan selamat melangkah ke alam pekerjaan!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest